Hujan dan Rindu

28 10 2008

Sudah lama rasanya aku tidak mencoret cerita hatiku tentang insan yang sangat aku rindu..insan yang telah pergi jauh meninggalkanku..kdg2 terfikir, sudah terhakiskah rindu dan ingatanku pada dia? Bukan itu jawapannya. Aku kini lebih byk memendam perasaan, tidak lagi meluahkan kerana kata org, jgn diikutkan sgt rasa hati, nanti lemah jiwa..ada btul nasihat itu pd diriku yg mana punyai sekeping hati yg cepat tersentuh..

Hari ini hujan. hari ni rasa kurang sihat..tekak dan badan rasa tak selesa..Esok hari pertama examku. Terasa banyak lagi yg belum sempat dicover. Petang-petang mcm ni mula la tu nak rasa sayu, tambah2 lagi dgn cuaca mendungnya..

tadi sempat call ummi kejap..

Tut tut tut tut…the number you have dialed is busy..pls leave a msg..

Busy sungguh ummi abah sejak kebelakangan ni

Maklumlah xlama lagi nak menyambut 2 menantu sekaligus..

Aku cuba call sekali lagi dan terdengar suara ummi di hujung talian

Assalamu’alaikum ummi.

Haa sumayyah..wa’alaikumussalam

Kenapa lemah je ni?

Xde pape, tekak xbest

Ummi, esok sumayyah exam. Doakan byk2..hari ni xproduktif sbb xboleh fokus, kepala pusing mata berpinar badan lemah je

Makan ubat x?

Makan2..

Jgn lupa minum air H2O tu, baca alfatihah dan doa byk2 pd allah..

Ok.

Ummi, gayut dgn siape td?

Dgn caterer, ummi nak tukar caterer yg murah sikit

Oo ok.

Ummi, sumayyah pergi shopping hari tu..dh beli sikit2 brg2 utk hantaran asma’ n omar..lps tu sumayyah beli beli baju utk abah, omar, khalid, zubair..eh bukan khalid, huzaifah..

Ummi diam dan aku pun diam

Khalid….

….

…….

…….

Rindunya pada dia…Lama aku simpan rasa rindu ini..pada adikku yg seorang..15 november ini genaplah 2tahun dia pergi meninggalkan kami..ingatanku pd dia xpernah luput, kdg2 aku terbayang bgmn dirinya skrg seandainya masih hidup…tp allah punya kisah yg lain utk dirinya..cerita yg lebih indah dr segala cerita..allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu..smg dpt bertemu dgn Khalid kelak, moga2 di syurgaNya..xkirala berapa lama lagi, tp aku mohon pd Rabbku agar diizinkan bertemu dgnmu lagi..

Khalid, kesabaran dan ketabahanmu menjadi inspirasi buatku

Adikku, smg kau tenang di sana…

Rindu….Rindu..

oklah..

Nak sambung study..semoga esok menjadi khabar gembira buat diriku juga buat insan yg aku sayangi…doakan saya ye..saya xnk jadi hamba Allah yg berputus asa…smg Allah berkati ilmu dan usaha yg telah dilakukan…

All the best kpd semua 🙂 slmt bermujahadah.

-sumayyah-

29Oktober2008

902,Forte Apt

6.00pm

Advertisements




Da’ie Bintang

20 10 2008

Coretan ini aku nukilkan di saat aku merasa beratnya bebanan ditanggung, yg aku ingin bebas drpdnya TAPI mana mungkin aku ingin biarkan diri ini dlm kerugian andai aku melepaskannya…Ingin aku kongsi lintasan qalbi ini:

JANGAN JADI DA’IE YANG ‘GHURUR’, JADILAH DA’IE YANG ‘BINTANG”

Kaki ini terus melangkah walau terasa berat dan payah

Dikuatkan juga hati ini agar terus bermujahadah;

Untuk menepis segala bisikan dunia yang menipu

Untuk menolak segala kemahuan dan keinginan diri

Yang rindukan kerehatan yg jauh dari memikirkan orang lain

Untukku meredahi segala mehnah, ujian susah atau senang

Di jalan ini dgn tenang, sabar dan redha..

Apakah layak bagiku digelar seorang jundullah

Andai sering kalah dgn duri yang menusuk

Apakah benar jiwa dan seluruh hidupku ini telah ku wakafkan untuk jalan ini

Andai sering mengeluh dengan kepenatan dan kepayahan

Apakah sudah cukup pengorbananku sebagai penolong Deenullah

Andai akhirat tidak mampu ku lebihkan berbanding dunia

Pesan ummi, ikhlaskanlah hati dalam setiap amal, sekecil mana pun ia

Agar tenang dalam huluran dan pengorbananku

Tidak dinamakan pengorbanan sejati

Andai masih ada lintasan hati untuk mengungkit apatah lagi melafazkannya

Pesan ummi lagi,

Usah biarkan diri menjadi da’ie yang ghurur

Yang terpedaya dengan segala kebaikan yang telah dilakukan

Yakinkah kita bahawa sudah cukup amalan untuk dibawa pulang ke pangkuanNya

Kalau pun merasa sudah cukup, yakinkah kita ia diterima Allah sbg amal soleh?

Sudikah Allah menerima amalan yg dipersembahkan di hadapanNya kelak

andai amal dilaksanakan bukan keranaNya?

Itu pesan ummi agar aku tidak terpedaya.

Kita hanya pemberi peringatan, petunjuk jalan untuk membawa manusia bersama kita mengenal Allahu Rabbi

Kita bukanlah manusia hebat yang berkuasa menundukkan manusia kpd kita dan menjadi pengikut setia..

Terima kasih ummi atas nasihatmu yang berharga..

Pesan abah, perjuangan harus terus sehingga aku mati kelak

Teruskan walau apa pun yang melanda

Susah, senang, manis, pahit, aku kena terus hidup dgn dakwah

Kerana semua itu akan mematangkan aku

Kata abah, biar matang dan menjadi bintang..

Bintang yang menyinari hati manusia lain

Yang menunjuki arah jalan pulang kepadaNya

Yang menghiburkan hati2 pencintanya

Yang bermanfaat untuk semua yg mensyukuri kehadirannya

Jadilah da’ie bintang

Jika tidak dilihat sebagai bintang di mata manusia, yang pastinya biarlah dilihat sbg bintang pada pandangan Allah dan tentera-tenteraNya

Terima kasih abah atas kata sokongan dan harapanmu yang menggunung pd anakmu

Aku cuba menjadi bintang itu, bukan untukku sahaja malah untuk ummi dan abah.

Pesan kakak, aku harus kuat dan cekal

Ujian Allah buat kita bukan untuk menjauhkan diri kita drpdDia

Bahkan untuk membuktikan kasih sayangNya buat kita..

Dengan ujian kita belajar dari kesilapan

Dengan ujian juga kita berlari dgn penuh sabar mencari Dia

Kita seringkali mengaku kita ansarullah

Haruslah tabah dan teguh hati

Sebab bukan sebarang misi yang mahu kita capai, bukan murah syurga yang dikejar

Bukan mudah memburu redha Sang Pencipta

Kita mahu dunia dan seisinya kembali pada islam

Andai ansarullah itu lemah dan tak berdaya

Sungguh. Jauh cita-cita itu utk direalisasikan.

Terima kasih kakakku yang seorang atas tazkirah buat hati yang makin lemah tiada berdaya.

Pesan seorang teman yang aku hargai kehadirannya dalam hidupku

Sesusah manapun yang aku alami, aku harus kuat

Kataku, mahu jadi insan yg bila mana org lain melihat diriku,

Mereka akan kuat untuk menghadapi liku2 hidup ini

Jadinya, dia ingatkan aku seharusnya tabah hati..

Biarkan airmata aku tumpah andai kerana jalan ini

Kerana penatnya berharga, dan sedihnya bernilai di sisi Allah

Allah mengerti apa yg ditanggung di saat insan lain tidak..

Terima kasih teman, semoga kita akan bersua lagi

Tidak di dunia yang fana ini, di syurgaNya kelak (Amiin)

Teruslah membantuku mencari diri dan kekal di jalan ini

Semoga kita terus bangkit berjuang

Allah tahu bahawa kita pernah bersama

Menyeka peluh dan air mata demi islam tercinta di bumi bertuah ini

Terima kasih Allah atas tazkirah2 ini

Buat aku lebih cekal dalam mengharungi ombak kehidupan yg menjadi sunnatullah

Buat aku kembali merenung dan muhasabah sejauh mana keikhlasan dan kesabaranku bila mana aku mengaku hanya Engkau majikanku di dunia juga di akhirat.

Terima kasih.

Moga pengakhiranku adalah yg terbaik di sisiMu (Amiin)

Dakwah suatu kewajipan bukan satu pilihan..perjuangan islam telah sebati dalam jiwa-jiwa pendokongnya.Perjuangan tarbiyyah dan dakwah tidak akan pernah mati hingga aku, kamu dan mereka mati keranaNya…Semoga terus thabat.

Hanya Hamba Allah,

Firstmartyr

9.55am

OGG B, University of Auckland

6 Ogos 2008





Be Strong

19 10 2008

Are you swimming up stream
in oceans of blue
Do you feel like your sinking?
Are you sick of the rain after all you’ve been through?
Well I know what you’re thinking
When you can’t take it
You can make it
Sometime soon I know you’ll see

’cause when you’re in your darkest hour
And all of the light just fades away
and When you’re like a single flower whose colours have turned to shades of gray
Well hang on and be strong

We’re taking each step one day at a time
You can’t loose your spirit
Let live and let live forget and forgive
It’s all how you see it
And just remember keep it together
Don’t you know you’re never alone

’cause when you’re in your darkest hour
And all of the light just fades away
When you’re like a single flower whose colours have turned to shades of gray
Well hang on (whoa) and be strong

No you’re not defeated
And soon you’ll be smiling once again
Then you won’t have to feel it
Let it go with the wind
Time passes us by
And know that you’re allowed to cry

’cause when you’re in your darkest hour
And all of the light just fades away
When you’re like a single flower whose colours have turned to shades of gray
Well hang on (whoa) and be strong
(hang on hang on) Be strong
Hold on and be strong





Tiada yang sia-sia..

12 10 2008

Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Wallahu Akbar
Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Hasbi ya Allah

Di tepi kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Kuhanya orang biasa
Tak lepas dari rasa kecewa

Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia – sia
Semua kan ada hikmahnya

Angan yang membalut mimpi
Dulu melukis impian hati
Ku hanya orang yang kalah
Satukan hatiku yang terbelah

**************************************

Di dunia ini, seandainya neraca manusia yg ku pilih, sudah pasti aku mudah merasakan rasa berputus asa..Namun, neraca Allah jauh berbeza dgn neraca manusia, pandangan Allah berbeza dgn pandangan manusia. aku tidak berputus asa..Engkau ada segalanya dan mampu melakukan apa shj kehendakMu ya Allah..

Segala yang terbaik utkku hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Kurniakanlah yg terbaik drMu utkku Ya Rabb dan aku mohon dgn sangat agat Kau hadirkan kekuatan dlm hati sanubari ini utk menerima apa yg terbaik drMu..

Aku suka menulis untukMu walau Kau lebih tahu apa dlm hatiku ini. meskipun aku terasa lemah dan tidak mampu, firmanMu selalu memujuk hati yg kelelahan..Setiap apa yg Kau tentukan, pastinya aku mampu lalui..Tiada manusia di dunia ini dijadikan semuanya mudah, setiap satunya pasti merasai kesusahan, tidak sekarang akan dtg, tidak di dunia, di akhirat kelak, hanya yg bertaqwa padaMu pasti senang di sana..

Aku percaya tiada yg sia-sia, semua kan ada hikmahnya..

Terima kasih Allah atas segala-galanya..





..Have to stand up to be stronger..

9 10 2008

The world seems not the same,
Though I know nothing has changed.
It’s all my state of mind,
I can’t leave it all behind.
Have to stand up to be stronger.

Have to try to break free

From the thoughts in my mind.
Use the time that I have,
I can’t say goodbye,
Have to make it right.
Have to fight, cause I know
In the end it’s worthwhile,
That the pain that I feel slowly fades away.
It will be alright.

I know, should realize
Time is precious, it is worthwhile.
Despite how I feel inside,
Have to trust it’ll be all right.

**************************************

Semoga tiada putus asa. Laluilah segala kepayahan dalam hidup ini dgn sebaiknya. Hakikat manusia mmg dijadikan dlm susah payah dan lelah tetapi ingatlah bahawa Allah sudah hadiahkan kita segala kelengkapan untuk menghadapi perjalanan yg sukar di dunia ini..

Semoga terus kuat menghadapi segala kesusahan dan kepayahan. Yakinlah pada Allah, dekatkanlah hati-hati kita kpd Yang Menciptakan kerana hanya Dia yang tahu dan memahami keperitan yg ditanggung.

Buat yg menanti hadirnya cik pelangi, cik tenang dan cik tabah, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran. Tak lama lagi sampai la tu cik-cik yg ditunggu..

*saya mahu pulang…homesick*





Cik Tenang dan Cik Tabah….

4 10 2008

Selamat Bermujahadah…
Allah hanya beri sesuatu ujian yg mampu kita lalui..

“Bertaqwalah kpd Allah & Allah akan mengajarmu…
Ijazah itu alat, risalah itu matlamat…”

3 more presentations to go
This monday: “New Regionalism”
This thursday: Pension Scheme in Malaysia
Next week: “Trade and Poverty”

3 more essays and 1 dissertation to be written (all due in 2 weeks time)
Pension Scheme in Malaysia (2000 words)
Relationship Between trade and Poverty (3000 words)
Health System in NZ according to Rawlsian & Utilitarianism (3000 words)
Poverty: Comparison Malaysia and New Zealand (10000 words)

1 more calculations and proving assignment
ECON 711 Macroeconomics I

Next weekend 11&12 October 2008
SEMINAR PEMBANGUNAN PELAJAR

25days before my final exam
30th October ECON 742 Trade Policy
7th November ECON 763 Public Ecoomics and Policy 2
10th November ECON 711 Macroeconomics I
17th November Dissertation Submission ECON 788 A & B
*kene dpt straight A’s in order to get my Honours…blh ke?huhu

Semoga tenang sentiasa ada bersama. tiada apa yg mudah di dunia ini melainkan seseorang itu melakukan sesuatu hanya keranaNya..(tp bukan senang nk dpt tenang..lagi2 semua pun susah utk dibuat..) hidup ini ibarat roda, kdg2 kita berada di atas dan kdgkala kita berada di bwh..mmg susah klu berada di bwh tp pasti ada hikmahnya yg Allah mahu aku pelajari..bukan brp byk A dan degree yg Allah akan tanya di akhirat kelak tp brp byk ilmu yg dikurniakanNya yg telah aku manfaatkan dan kongsi bersama org lain….

Selamat Berusaha kpd semua.

Ya Allah, lindungilah aku dari berputus asa..

Inna ma’al ‘usri yusra…

ABAH said;
be strong
dont give up
orang beribadah takkan putus asa
minta hajat pada ALLAH selalu
mohon ia permudahkan yang susah
ikhlaskan niat kerana ALLAH
minta selalu..ALLAH tetap akan bantu
belajar untuk ummah
u must do the best..thats what jihad is all about
may ALLAH help u..


RiMbUn KeAmPuNaN..

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan





Salam ‘Aidilfitri dari bumi Auckland

1 10 2008

Assalamu’alaikum wbt

Sempena ‘Aidilfitri ini saya ingin mengucapkan

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكم

‘Taqabbalallahu minna waminkum’

“Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”

Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak maksum dari melakukan kesilapan.

Allah SWT telah berfirman:
“dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”
(Surah An-Nuur 24:22)

“Kullu ‘am wa antum bikhair”

“Minal ‘Aideen (returners to fitrah)  wal Faizin (who obtain taqwa and jannah)

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Sumayyah Abdul Aziz

********************

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu jua
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina

Lalu… tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan.. . di puncak Taqwa
Atau sekadar di pinggiran…
Lapar dahaga!

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar… Wa Lillahilhamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

*P.M.J*