Remaja Jiwa Merdeka

17 08 2008

Jendela Hikmah: LIMA ASAS PENTING REMAJA JIWA MERDEKA
Oleh Maryam Jailani

PADA saat rakyat seluruh negara membilang hari menjelang sambutan
kemerdekaan yang ke-50 pada akhir bulan ini, ramai remaja masih
tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan jiwa remaja merdeka.
Lahir pasca merdeka terutama menyebabkan mereka hanya mendengar kisah
kemerdekaan daripada generasi emas atau berusaha memahaminya menerusi
rakaman yang masih tersimpan.

Sesungguhnya tidak. Mengapa? Kerana erti sebenar jiwa merdeka lebih
daripada itu! Mengetahui erti sebenar jiwa merdeka serta batasnya, dan
memahami nilainya yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa
penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan
jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan diberikan
kepada kita.

Dalam konteks ini, jiwa remaja yang merdeka dapat difahami berdasarkan lima asas penting :

  • Pertama, jiwa remaja yang merdeka kenal jati dirinya.

Jiwa remaja yang merdeka memahami dari mana dirinya datang, mengapa
dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Kefahaman ini
bukan sekadar maklumat pengetahuan yang dihafal daripada buku, tetapi
dihayati dan dijelmakan dalam kehidupan seharian.

Contoh remaja yang berjiwa merdeka sangat jelas pada zaman
Rasulullah. Remaja seperti Ali bin Abi Talib serta Aisyah binti Abu
Bakar faham mereka diciptakan Allah dan akan kembali semula
kepada-Nya.Mereka juga mengerti dengan sebenar-benarnya hidup di dunia
yang singkat ini harus digunakan untuk menjadi hamba yang taat kepada
Allah dan berusaha mengembalikan dunia dalam ketaatan kepada hakimiyah
Allah.

Remaja berjiwa merdeka juga tidak pernah ketinggalan daripada memahami sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Mereka berusaha menekuni iktibar daripada kegemilangan dan
keruntuhan tamadun manusia sepanjang sejarah. Mereka memahami bahawa
sepanjang sejarah manusia, kebenaran tidak akan pernah lapuk ditelan
zaman. Kebenaran akan tetap menang dan menyerlah! Dengan kefahaman
inilah, mereka benar-benar kenal siapa diri dan betapa tingginya nilai
diri mereka apabila menjadi remaja berusaha memenuhi tujuan hidup.

  • Kedua, berbekalkan kefahaman jati diri sebenar,
    jiwa remaja merdeka akan memperoleh lebih kekuatan daripada
    kemerdekaannya kerana dia memahami dirinya hanya perlu tunduk kepada
    Penciptanya. Dasar hidupnya adalah dua kalimah syahadah yang difahami
    implikasinya dengan sepenuh jiwanya.

Tuntutan kalimah syahadah akan memberikan lonjakan hebat yang mampu
menolak segala kesetiaan dan ketaatan kepada selain dari-Nya.

Walaupun 50 tahun Malaysia merdeka, remaja menemui kemerdekaan jiwa
mampu membawa dirinya keluar daripada belenggu ketaatan kepada makhluk
menuju kesetiaan hanya kepada Pencipta. Hidup dan matinya, seluruhnya
diasaskan secara jelas kepada paksi ini. Seluruh denyutan nadi dan
degup jantungnya berlaku dengan kesedaran bahawa inilah erti
kemerdekaan sebenar!

  • Ketiga, jiwa merdeka juga yakin dengan kewujudan
    dan kebenaran hari pembalasan. Remaja berjiwa merdeka memahami bahawa
    kematian itu pasti.

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian dan hanya Allah yang mengetahui bilakah ajal setiap makhluk-Nya. Firman Allah: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh….” (An-Nisa’: 78).

Bertitik tolak daripada kepercayaan yang kuat inilah, remaja berjiwa
merdeka sentiasa memperhatikan tingkah lakunya agar menjadi modal
paling strategik untuk manfaat kehidupan selepas mati. Jika terjatuh
dalam lubang kealpaan dan kelalaian, remaja berjiwa merdeka akan
bangkit kembali menebus kesalahannya dan tidak akan mengulanginya.

  • Keempat, kesannya, lahir remaja merdeka yang
    sentiasa berlumba-lumba untuk menjadikan seluruh hidupnya bermakna.
    Tidak ada satu detik pun yang akan diizin untuk dibazirkan ke jalan
    tidak berguna.

Begitulah hebatnya jiwa remaja yang merdeka. Mereka menyedari bahawa
hidup di dunia ini hanya sekali, maka sebaik-baiknya mereka harus hidup
dengan penuh erti.

Apabila dipanggil kembali, remaja berjiwa merdeka tersenyum bangga
membawa bekal bersinar untuk dipersembahkan kepada Tuhannya. Firman
Allah:

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Masuklah ke dalam barisan
hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku
” (Al-Fajr: 27-30).

Mereka puas kerana memanfaatkan anugerah kehidupan di dunia sebagai
manusia yang menjalankan amanahnya, bukan robot yang sekadar mengulangi
rutin kehidupannya tanpa mengetahui tujuan hidupnya.

Remaja berjiwa merdeka sedar dan faham bahawa berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran bukanlah tujuan akhir hidupnya.

Mereka tidak terperangkap dalam kerugian menagih seluruh masa mereka
hanya untuk mengisi maklumat di minda dan mendapatkan makanan untuk
survival fizikal.

Mereka tidak akan membiarkan hati kecut dan gersang kerana perangkap
ini. Mereka tidak akan tertekan dengan himpitan beban pelajaran, tetapi
rasa bertanggungjawab untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk
memajukan diri dan ummah.

  • Kelima, jiwa remaja merdeka adalah jiwa sentiasa
    memperjuangkan kebenaran. Kisah interaksi manusia dan kebenaran
    sepanjang sejarah membentangkan kepada kita pelbagai jenis episod. Ada
    yang untung dan ada rugi.

Remaja berjiwa merdeka termasuk dalam golongan mereka yang untung.
Mengapa? Kerana jiwa merdeka sentiasa mencari kebenaran, tidak
menolaknya, berusaha memperjuangkannya dan menyokongnya dengan sepenuh
jiwa dan sepanjang hayatnya.

Hidup dan mati dengan asas kebenaran itu adalah tanggungjawab. Ia
bukan pilihan, tapi ia anugerah. Yang pentingnya merdeka pada jiwa dan
bukan hanya pada fizikal.

Pernahkah kita terfikir mengapa ikan hidup di laut yang masin tidak
terasa masin, tetapi ikan masin yang disaluti garam yang sedikit terasa
sangat masin? Kerana bezanya ikan di laut hidup, tetapi ikan masin mati.

Begitulah jiwa manusia. Jiwa yang hidup tidak akan terpengaruh
dengan anasir buruk yang sentiasa cuba untuk dipengaruhi tetapi jiwa
mati mudah sekali terjebak dengan apa juga anasir buruk yang datang
kepadanya.

Semoga kemerdekaan kita terus berkekalan sebagai umat yang salih dan
diredai Allah. Kita isi makna kemerdekaan negara dengan akhlak terpuji,
bukan merosakkan erti kemerdekaan itu sendiri.

– Penulis adalah Pelajar Sarjana Perbandingan Agama, Kulliyyah
Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa dengan
kerjasama Wanita JIM





Palestin..masihkah di hati?

14 08 2008

 


Wasiat Terakhir As syahid Dr Abdullah Azam
 

Mujahid berbangsa Palestin yang berjuang menentang Rusia di bumi

Afghanistan

Wahai Kaum Muslimin!

Kehidupan kalian adalah jihad..
Kemuliaan kalian juga terhasil daripada jihad..
Dan kehidupan kalian atas muka bumi ini..
Terikat dgn ikatan berpanjangan dengan jihad..

 

Wahai Kaum Muslimat!

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kpd jihad
Ia juga pembinasa diri manusia..Oleh itu janganlah menunjukkan
sesuatu yang berlebihan..Cukuplah sekadar keperluan saja..

 Didik dan latihlah anakmu dengan kegagahan dan
kejantanan serta kepahlawanan dan jihad..

 Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa
dan bukanlah reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut..

 Tanamkanlah kedalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad
keinginan kepada

medan

perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.

 Hiduplah kalian dengan tidak melupai penderitaan yang ditanggung oleh umat islam..

 Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu
sekurang-kurangnya hidup bagaikan mujahidin
dengan hanya makan roti kering tanpa lauk
dan meminum secawan teh tanpa gula..





Ikhwan Sejati

28 07 2008

Seorang remaja pria bertanya pada ibunya :
Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati…
Sang Ibu tersenyum dan menjawab…

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa …

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya…

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Setelah
itu, ia kembali bertanya…” Siapakah yang dapat memenuhi kriteria
seperti itu,Ibu ?” Sang Ibu memberinya buku dan berkata… “Pelajari
tentang dia…” ia pun mengambil buku itu “MUHAMMAD”, judul buku yang tertulis di buku itu…

sumber rujukan : http://ukimedia.wordpress.com

*Di manakah kita?*





Akhawat Sejati

28 07 2008

AKHAWAT SEJATI…Akhawat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang
manis dan menawan, tetapi dari kasih sayangnya pada karib kerabat dan
orang disekitarnya. Pantang baginya mengumbar aurat, dan memamerkannya
kepada siapapun, kecuali pada mahramnya. Dia senantiasa menguatkan
iltizam dan azzam-nya dalam ber-ghadul bashar dan menjaga kemuliaan
diri, keluarga serta agamanya.

Akhawat sejati bukanlah dilihat
dari suaranya yang lembut dan mempesona, tetapi dari lembut dan
tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yang senantiasa menjaga
lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya.
Dia yang memahami dan merasakan betul bahwa Allah swt senantiasa
mengawasi segala tindak-tanduknya.

Akhawat sejati bukanlah dilihat dari liuk
gemulainya kala ia berjalan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yang senantiasa bersikap tulus
dalam membina persahabatan dengan siapapun, dimanapun dirinya berada.
Tak ada perbendaharaan kata “cemburu buta” dalam kamus kehidupannya.
Dia senantiasa merasa cukup dengan apa yang Allah swt anugerahkan
untuknya, juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya. Tak
pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan pada sang qowwam di
tengah keluarga. Sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya. Sifat
tawadhu’ adalah pakaian yang senantiasa dia pakai sepanjang perguliran
zaman.

Akhawat sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
menghormati dan menyayangi orang-orang ditempat kerja (wajihah dakwah),
tetapi dari tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan
dimanapun tanpa memandang status yang disandangnya. Dia yang dilihat
menyejukkan mata dan meredupkan api amarah. Baitii jannatii selalu
berusaha ia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga. Totalitas dalam
menyokong dakwah suami dan berdarmabakti mengurus generasi penerus yang
berjiwa Rabbani

Akhawat sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat dari
kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah dan Rasulullah. Dia
yang selalu menghindari sesuatu yang syubhat terlebih hal-hal yang
diharamkan-Nya.

Akhawat sejati bukanlah dilihat dari pandainya
dia merayu dan banyaknya airmata yang menitik, tetapi dari ketabahannya
menghadapi liku-liku kehidupan. Pancaran kasih sayang melesat tajam
dari tiap nada bicara yang keluar dari bibirnya. Dia yang memiliki
perasaan yang tajam untuk selalu berbuat ihsan kala ditempat umum
maupun kala sendiri.

Akhawat sejati bukanlah dilihat dari
merdunya suara kala bertilawah Qur’an dan banyaknya hadits yang ia
hafal, tetapi dari keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan
keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya.
Al-Qur’an dan As-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta
pijakan dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan.

Akhawat
sejati bukanlah dilihat dari tingginya gelar yang disandangnya serta
luasnya wawasan ataupun lincahnya ia bergerak, tetapi tingginya ghirah
untuk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan
berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang ia pegang.

Menjadi akhawat sejati,
niscaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari,
menjadi dambaan bagi mereka para insan berjiwa Rabbani,
menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah,
serta para hamba Allah yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu…….

Menjadi Akhawat sejati,
Seperti
yang dicontohkan oleh khadijah, Aisyah, Hafsah, Maimunah, Shafiyah,
Fathimah Az Zahra, Sumayyah dan para shahabiyah radiyallohu’anha ajma’in.

sumber rujukan : http://ukimedia.wordpress.com

Di manakah kita?

 





*Allahu Ghoyatuna*

26 07 2008

Bingkai Kehidupan – Shoutul Harokah

Mengarungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa tuk berpangku tangan

setiap tetes peluh dan darah
tak akan sirna di telan masa
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan

Allah ghoyatuna, arrosul qudwatuna
Alqur’an dusturuna, aljihad sabiluna
Almautu fi sabilillah, asma’ amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Alqur’an pedoman hidup kami
jihad adalah jalan juang kami
syahid di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi





Surat Cinta untuk Jiwa

9 07 2008

assalamu’alaikum
wbt..
-suatu perkongsian-moga dpt menghidupkan hati2 yg lesu dan layu..moga
diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNya..amiin Ya
Rabb

surat cinta untuk jiwa..

Surat ini ku tujukan untuk
diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang
dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya
dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan
untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi
oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya
dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang
hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di
mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana
perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah
tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam
berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa
sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika
seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas
yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang
dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni
dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh
sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang
menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu
di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang
bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan
fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan
meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri
sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya
sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain
ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati,
namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan
untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat
tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan
berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat
dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang
lain..

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki
cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus
kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling,
memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya,
"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU,
pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

Wallahualam
bisshawab…Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati..

p/s : suatu nukilan yg sgt mendalam
maksudnya..semoga cinta dunia tidak akan melalaikan kita dari mengejar
cinta-Nya.. inshaAllah=)
-from hamizah, syukran-

Sumayyah
Waiuku
9.27am
10July2008





Allah, dengarkan rintihan hati ini

23 06 2008

La ilaha illa Anta. SubhanaKa inni kuntu minaz zolimin

Allahumma solli ‘ala

Muhammad

Wa

‘ala alihi wa asbihi ajma’in

 

Wahai saudara-saudaraku,

Allah Maha
Mendengar, Maha Menatap, Maha Menyaksikan pertemuan ini

Dialah Allah Yang Maha Tahu diri kita yg sebenarnya

Tiada yg tersembunyi bg Allah yg Maha Agung

Dia tahu setiap
lirikan mata dan niat di sebalik lirikan

Dia tahu apa yg
ada dlm benak fikiran kita

Dialah Allah Maha
Mendenagr setiap tutur kata

Allah Maha Tahu org2 yang terluka hatinya

Allah Maha Tahu setiap dusta yg kita ucapkan

Allah Maha Mengetahui segala kebusukan hati kita

Riya’ di balik
amal2 kita, sombong dan takabburnya diri kita

Allah Maha Tahu
segala kedengkian yg ada di hati ini

Terhadap org yg
diberi rezeki oleh Allah

Allah Maha Tahu maksiat yg terang-terangan

mahupun maksiat yg sembunyi-sembunyi

 

Saat ini kita dihargai bukan kerana kemuliaan yg kita miliki

Kita dihargai kerana Allah masih menutupi kebusukan kita yg
sebenarnya

Andai Allah berkehendak utk membukanya

Maka tiada siapa pun yang bisa menghalangnya

 

Wahai saudara-saudaraku

Hanya Allahlah yg membuat kita masih dihargai oleh orang
lain

Amal yg kecil dan
sederhana

Allah tampakkan kpd
org lain

Sehingga org lain
mengkagumi, menghormati dan menghargai diri kita

 

Wahai
saudara-saudaraku,

Andai kata esok
lusa hidup kita berakhir

Maka tiada satu
pun yg dpt menyelamatkan kita selain kurnia Allah

Mana amal yg kita miliki?

Solat jarang
khusyuk, itu pun sisa waktu

Amal kita, sedeqah kita hanya sisa wang itupun yg tidak
berharga

Andai kita
menolong dan berbuat kebaikan, jarang ikhlas

Saum yg kita
lakukan di bulan ramdhan pun

Kdg hanya perut
shj yg berpuasa

Mata tidak
berpuasa

Hati tidak
berpuasa

 

Ya Allah Wahai yg
Maha Mendengar

Wahai yg Maha Menatap

Wahai yg Maha Tahu
segala perbuatan dosa dan maksiat

Ampuni seluruh
dosa kami Ya Allah

Ampuni sebusuk
apa pun diri kami

Ampuni sebanyak
apapun dosa yg melumuri tubuh kami ini

Ampuni maksiat yg
terang-terangan atau sembunyi-sembunyi kami lakukan

 

Ya Allah,

Ampuni maksiat
mata kami

Jadikan mata ini menjadi
mata yg selalu akrab dgn ayat2Mu

Jgn biarkan dgn
mata ini yg membuat hati kami mati

 

Rabb,

Ampuni maksiat dr
pendengaran kami selama ini

Jadikan telinga
menjadi telinga yg selalu rindu mendengar kebenaranMu

Jadikan telinga
menjadi telinga yg selalu rindu mendengar namaMu

 

Ya allah ampuni
segala maksiat mulut kami

Ampuni segala
kebohongan yg pernah kami ucapkan

Ampuni seandainya
mulut ini sering melukai hati ibubapa kami

Ampuni jikalau dr
mulut ini banyak org yg tersakit

Rabb,

Jadikan mulut
kami ini menjadi mulut yg selalu bersih dr kata dusta

Lisan yg selalu basah menyebut namaMu

Lisan yg menjadi cahaya ilmu bg hamba2Mu

Lisan yg Engkau ijab doa2nya

 

Ya Allah,

Kurniakan kpd kami ampunan atas maksiat yg dilakukan tubuh
ini

Ampuni jikalau tubuh kami pernah membuat nista

Ampuni jikalau tubuh ini ada daging haram yg pernah kami makan

Makanan haram, harta haram

Kurniakan kpd kami tubuh yg bersih Ya Allah

Bersihkan dr segala kemaksiatan yg pernah dilakukan oleh
jasad ini

Izinkan sampai akhir hayat tubuh ini bersih Ya Allah

Bersih dr harta haram,

Bersih dr makan haram

Bersih dr perbuatan haram

 

Ya Allah

Kurniakan kpd kami
ampunan atas maksiat hati kami

Ampuni jikalau
kami sering berbuat takabbur

Ampuni jikalau
hati ini sering menghina dan merendahkan hamba2Mu

Ampuni jikalau kami sering riya’

Allah, ampuni
jika kedengkian masih bersemayam di hati ini

Rabb,

Jauhkan dr diri
kami dr segala kesombongan sekecil apa pun

Indahkan hati ini
dgn hati yg tawadhu’

Jauhkan dari diri
kami sifat riya’ dan pamer Ya Allah

Indahkan hati
kami menjadi hati yg ikhlas hanya kerana Engkau

Jauhkanlah hati
kami dr kedengkian, kebencian terhadap kaum yg beriman

Jadikanlah hati kami
hati yg penuh kemaafan, hati yg penuh kasih sayang

Duhai Allah

Kurniakan kpd
kami hati yg selalu ingt kpdMu

Hati yg tidak
bisa lupa pdMu

Hati yg merasakan
kehadiranMu

Hati yg tidak
berharap selain berharap selain harap kpdMu

Rabb,

Indah hidup kami
dgn hati yg merasakan bahagianya mencintaiMu

Mencintai org2 yg
mencintaiMu

 

Duhai Allah

Hanya Engkaulah
yg Maha Tahu kapan hidup kami berakhir

Jadikan umur yg
tersisa ini

Bisa
membahagiakan ibubapa kami

Golongkan sisa umur ini

Bisa menjadi jalan kebahagiaan,

Kemuliaan bg ibu bapa kami Ya Allah

Jadikan umur yg tersisa

Bisa membangun rumahtanga yg sakinah

Bisa menjadi ibubapa atas anak2 yg soleh dan solehah

Bisa menjadi hambaMu
yg penuh manfaat

Allahumma inna
nas aluKa ridhaKa wal jannah wana’uzubiKa min sohhatiKa wan naar

 

Ya allah
selamatkan umatmu ini Ya Allah

Jangan biarkan
kami diperbudak nafsu

Jangan biarkan
hidup kami ditipu oleh dunia ini

Jangan biarkan
kami diperdaya oleh syahwat

Jangan biarkan
kami terjerumus kerana amarah

 

Ya allah, andai suatu saat hidup kami berakhir

Allahumma inna nas aluKa taubatan nasuha wa taubatan qablal
maut wa rahmatan ‘indal maut wa maghfiratan ba’dal maut

Alluhamma takhtim ‘alaina bihusnil khotimah bikalimatil
lailaha illallah

Wa la takhtim ‘alaina ya Allah bisui khotimah

Amin ya Rabbal ‘Alamin.