*Syababul Islam*

11 02 2009

Salam Perjuangan buat ikhwah & akhawat Auckland, NZ. Semoga terus kuat bekerja keranaNya. Beramallah selagi masa masih ada…

Syababul Islam

Kami memerintah dunia ini berkurun-kurun

Nenek moyang kami kekal menaklukinya

Kami salin semula lembaran-lembaran tamadun

Zaman tidak melupainya, kami juga tidak melupainya

Dan jika mereka mencabar kami

Dengan kekejaman, akan kami pijak-pijak dahinya

Penuh dihati kami petunjuk yang kuat

Kami tidakkan mengelipkan mata, tidak kami biarkan kezaliman

Di suatu masa kami bina kerajaan di muka bumi

Dibantu oleh para pemuda yang kuat semangatnya

Pemuda-pemuda mempermudahkan tercapainya cita-cita

Mereka tidak mengenali selain Islam sebagai cara hidup

Mereka dijaga, maka mereka dipelihara dalam pemeliharaan

Yang mulia, mengharumi dunia sebagai cabang kami

Apabila mereka melihat peperangan, semangat pun berkobar

Lalu mereka musnahkan penjara dan kubu pertahanan musuh

Merekalah pemuda yang tidak dirosakkan oleh malam

Mereka tidak menyerahkan pegangan mereka kepada musuh

Bila malam menjelang mereka tidak kelihatan berkeliaran

Kerana takut akan Allah, mereka hanya bersujud

Demikianlah Islam menghasilkan dari kaumku

Pemuda-pemuda yang ikhlas, bebas lagi dipercayai

Mereka diajar bagaimana membentuk kemuliaan

Agar mereka menolak pembelengguan atau penghinaan

Tidak disedari zaman telah silih berganti

Hingga hilang keagungan umat ke tangan orang lain

Tidak ku dapati kaumku di dalam perlumbaan

Sesungguhnya mereka pernah menjadi ketua sekian tahun

Sungguh menyedihkan aku dan setiap orang yang bebas

Menjadi tanda tanya; di manakah umat islam???

Aku sangsi sama ada yang lepas akan berulang

Sungguh aku menjadi lebur kerana kecintaanku kepada zaman silam

Jauhkan aku dari harapan yang palsu

Tidak ku dapati harapan itu melainkan hanya khayalan

Bawakan untukku cahaya dari iman

Kuatkan di antara dua rusukku dengan keyakinan

Ku hulurkan tangan lalu ku ragut kemuncak kekuasaan

Dan ku bina keagungan yang bergemerlapan lagi padu.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: