Mutiara Buatmu Pengantin

7 11 2008

Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telahmembesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yangbaik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

**************************************************************

Entri ini istimewa saya tujukan buat kakak saya yang tersayang, Asma’ Abdul Aziz & bakal kakak ipar saya, Munira Mustapa, juga buat Kak Syaf dan Kak Zaireen yg saya kasihi kerana Allah..Selamat Melangkah ke Tangga Kedua..Selamat membina baitul muslim 🙂 Semoga Allah permudahkan semuanya..

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin”

Maksudnya:

“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya”

Buat semua sahabat, nanti jemputlah datang rumah saya utk majlis walimatul urus abang sulung dan kakak saya:

Omar Abdul Aziz & Munira Mustapa

Asma’ Abdul Aziz & Ammar Abdul Rahman

di

Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Jasin,

Jasin Melaka

pada

6 Disember 2008

*saya pun masih menunggu kad jemputan yg official…

** peringatan utk saya juga 🙂

Advertisements

Actions

Information

3 responses

8 11 2008
Aisyah Zahrah

Selamat Pengantin Baru kepada kakak dan abang Kak Sumayyah. Tak lame lagi lah ni…Pasni nak ucapkan gtu gak kat Kak Sumayyah, tp kene tunggu masanya la..;) Kak Sumayyah balik Malaysia biler??

8 11 2008
huda abdul aziz

wah!!kak sumayyah.tak sangka kite ade abang dan kakak yang ‘sama’.
kakak huda pun nama asmaa’ abdul aziz
abang nama umar farooq abdul aziz.

12 11 2008
qiraati

salam alayk. suka nama sumayyah. nice story..and la tahzan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: