Sebuah episod dalam kisah hidupku.

11 11 2008

Allah ingin mengajarmu sesuatu di setiap saat hidupmu.

Aku menulis lagi. Satu lagi coretan hati yang ingin aku kongsikan buat kalian yg mengasihi. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk muhasabah diri ini. Ba’da maghrib td, aku duduk sekejap, mengimbau kembali nikmat masa dan usia yg Tuhan kurniakan di sepanjang perjalanan hidupku di bumi Auckland yg pasti aku rindui ini. Aku renung sejenak, meniti kembali masa lalu yang banyak mengajarku makna sebuah kehidupan. Benarlah kata ummi, susah payah, tawa gembira, sedih airmata, pahit maung, suka duka, sakit luka yg menemaniku di sepanjang permukiman di bumi ini hanyalah suatu episod pendek drpd episod2 dlm kisah hidupku yg entah bila ianya kan berakhir. Terlalu byk lagi episod yg belum aku lalui & yg pastinya mahukan hanya yg terbaik utk episode yg mendatang sehinggalah berakhirnya kisah hidup ini dgn happy ending. Amiin Ya Rabb.

Mengalir deras butiran airmata ini tanpa aku sedar bila mengenangkan kebaikan Allah padaku selama ini. Kalau dinilai kembali apa yg telah aku lalui; pahit dan manis, tiada satu pun bukti kezaliman Allah pada diriku. Di sini, aku belajar dan lebih memahami erti sebuah kehidupan walau hati ini banyak terluka dicalari. Di sini juga aku mengenal, di sebalik kepahitan sebuah kegagalan ada manisnya. Yg pahitnya hanya sementara cuma, tetapi yg manisnya kekal hingga kini. Biarpun saat aku mengharungi masa getirku, aku lelah berhadapan dgnnya namun penawarnya bukan shj menjadi penyembuh luka malah menjadi penghibur jiwa. Di bumi ini juga aku mula menyayangi insan di sekililingku melebihi dr diriku sendiri biarpun terkorban perasaan dan kehendak hati. Dan sesungguhnya tanah ini menjadi saksi seluruh jiwa dan hatiku telah sedaya upayaku, aku serahkan utk tarbiyyah di bumi ini. Semoga Allah terima setiap zarah amal yang cuba aku laksanakan demi Dia, tiada yg lainnya. Hanya Dia.

Dan sesuatu yg plg aku simpan rapi di tempat terstimewa dlm hati ini adalah di sini jua aku lebih kenal cinta Illahi, terasa Dia sentiasa bersama ketika aku sendiri, bila di tgh keramaian, di saat aku sedih atau gembira. Ya, aku mula mengakui tiada yg lebih hebat perasaan seorg hamba kpd Penciptanya melainkan meletakkan pergantungan tertinggi pd Dia sbb aku dan kamu tidak punya apa2. Kerana hanya dgn izinNya kita mampu menggapai apa yg kita telah kecapi hingga ke saat ini. Satu helaan nafas yg aku nikmati di saat ini jua atas izinNya.

Di sini, mungkin aku tidak berjaya sepertimana yg lainnya dlm bidang yg diceburi tp aku terlalu bersyukur. Terlalu banyak yg Allah mahu aku pelajari yg aku sendiri tidak tahu kepentingannya dlm hidupku, terlalu banyak yg Allah mahu aku fahami yg mana aku patut mensyukurinya. Hitam putih kehidupan harusku lalui dgn tenang. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi, Tuhan jadikan untuk mendidik kita. Tugas kita, bersabarlah dan teruslah memburu redhaNya.

Memang benar, tidak semua yg kita mahukan itu akan membawa kebaikan kpd kita & tidak semua yg kita tak mahu itu, buruk bg kita, Allah itu dekat, penuh kasih sayang, Dia hanya memberi apa yg kita perlukan bukan yg kita mahukan. Terima kasih yg sebyk2nya ya Allah. Ampunkan hamba ini atas kekhilafan diri, sering melupakanMu di saat aku bahagia dan kembali mencariMu disaat aku kesusahan.

Rasa sayu bila hati dan fikiran ini sudah mula merasakan sudah dekat masanya utk aku melangkah pergi meninggalkan bumi ini..tetapi aku harus akur, apa jua ketentuanNya telah direncana indah buat diriku kerana Dialah director terhebat, majikan terbest yg tahu apa yg terbaik utk pekerja2Nya. Aku ini hanya sbg salah seorg pelakon di pentas dunia, dalam sebuah drama bertemakan kisah hidupku. Aku harus melakukan yg terbaik spy kisah hidupku adalah sebuah kisah yg bisa mendapat anugerah kisah terhebat di sisiNya seiring dgn kisah para kekasihNya. Aku tahu Dia sering mmengajarkan hambaNya erti sabar dan redha melalui ujianNya, utk menjadikan aku lebih kental jiwa dan kuat hatinya.

Semoga benar2 mendapat kekuatan itu.

Bermacam2 di fikiranku kini…akan ku coretkan lagi di lain masa. Pokoknya, aku tak nafikan yg aku sudah mula merindui bumi ini terutamnya insan2 yg menghuni di bumi tarbiyyah ini. Rindu. Bimbang pun ada.

CURRENT MODE: aku merindui allahyarham khalid. Terkenangkan dia yg telah lama meninggalkan aku dan keluargaku. Moga allah perkenankan permintaanku utk sampaikan salam rinduku buatmu adik [1 litre of tears mode]. Ada dissertation yg harus aku sempurnakan..

permukiman ini pastinya berakhir..
firstmartyr
9.15pm
902, Forte Apt
Auckland, NZ

Advertisements




Mutiara Buatmu Pengantin

7 11 2008

Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telahmembesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yangbaik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

**************************************************************

Entri ini istimewa saya tujukan buat kakak saya yang tersayang, Asma’ Abdul Aziz & bakal kakak ipar saya, Munira Mustapa, juga buat Kak Syaf dan Kak Zaireen yg saya kasihi kerana Allah..Selamat Melangkah ke Tangga Kedua..Selamat membina baitul muslim 🙂 Semoga Allah permudahkan semuanya..

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin”

Maksudnya:

“Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya”

Buat semua sahabat, nanti jemputlah datang rumah saya utk majlis walimatul urus abang sulung dan kakak saya:

Omar Abdul Aziz & Munira Mustapa

Asma’ Abdul Aziz & Ammar Abdul Rahman

di

Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Jasin,

Jasin Melaka

pada

6 Disember 2008

*saya pun masih menunggu kad jemputan yg official…

** peringatan utk saya juga 🙂