Muntalaqi Ta’abbudi..

25 08 2008

Di hari lahirku.

Ku semat dalam hati sebuah impian

Seiring usia yg semakin meningkat

Impian yang kini bukan angan semata

Tetapi sebuah janji yang akan dikotakan

Buat diriku,

Usah biarkan lagi janjimu itu dimungkiri

Sudah tiba masanya kau rungkaikan segalanya

Untuk dihadiahkan untuk Dia

Di hari lahirku

Harapanku cuma satu

Hari ini adalah titik bermulanya kembali

Lakaran sejarah yang bermakna dalam hidupku

Tetapi bukan lagi dengan gembira semata

Bersama itu jua

Kekuatan, semangat yang membara

Untuk memperjuangkan segala apa yg telah terhenti

Itulah idaman

Itulah janji pada diri dan Dia

Sempena hari lahirku.

Buat ummi dan abah,

Terima kasih atas segala pengorbanan

Membesar dan mentarbiyyah diriku

Menjadi hambaNya yang dekat denganNya

Selamat Hari Lahir.

-Muntalaqi ta’abbudi-

Langkahku bermula hanya untuk mengabdikan diri kepada Tuhanku

*****************************************************************************

Prayer for my Birthday:
Everything got started in Him and finds its purpose in Him.
O
Allah, let this feast of my birth be a reminder to me of all the gifts
and blessings I have received from You this day and all the days of my
life.
On my day of celebration, I thank You for my life and all of
my blessings and ask for another year filled with Your presence in my
life that I may continue to grow in Your love, Inshaallah.

Gracious
Allah, I thank You for enabling me to celebrate my birthday. Lord, You
have been good to me all these years and I thank You for all the
blessings I have recieved but especially for life itself.

O Allah, I do not know what lies ahead for me this year. Yet I know that You are holding my future in Your hand.
Let my ways be pleasing to You. As You have promised, be with me, Lord.
Grid me with Your strength and grace so that I can live for Your light.
Enable
me to draw closer to You that I may walk in your peace and be the
creative and loving person that you intend for me to be.
I ask this and all things in the sure and certain knowledge of Your love for me and for all your servants. Ameen.
Today I celebrate what You planned before I ever existed.
I
pray today & everyday that I will move forward armed with Faith
& Love, discovering the blessings You has set forth for me. Thank
You Allah.

Sumayyah Abdul Aziz
12.33am
26.08.2008
Auckland, NZ

Selamat Hari Lahir juga buat nendaku, Nenek Katijah 🙂
Semoga Allah memberkati usia yg dikurniakanNya





Ada Apa Dengan 21 Ogos?

20 08 2008


Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

TANGGAL
21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat
Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali
dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga
persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki
berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid
Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang
besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali
seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan
pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t
telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api
dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat
pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia
diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan
berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras.

Maka,
atas sebab itu, Rohan tidak da- pat dipertanggungjawabkan atas kejadian
tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam
di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam
perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa
gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda
memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut
merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat
Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak
menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia ‘terbakar’ hati
dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah
nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim
Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.

Maka
selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan
bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa
sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat
pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat
pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis
Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin
menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa
Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

Pembelaan

Akibatnya,
umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas,
dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat
Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai
kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan
kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di
Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat
su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan
mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan
sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah
dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini
hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan
masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun
mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci
Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat
mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya
cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru,
bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah
amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling
memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan
praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara
itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah
ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin,
cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan
festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di
masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan
sebagainya.





Keranamu Saudara [RoQ 2008]

19 08 2008


Air mata ini mengalir lagi,

Deras bagai tiada hentinya,

Tak mampu aku membendung sebak dan
senduku,

Melihat si anak,

Menangisi sebuah penderitaan

Melihat tubuh ibu ayah dihina
kuffar itu,

tak lagi bernyawa, penuh darah

Deritanya disana

tak sama dengan deritaku yang jauh di
sini.

Dia jauh
lebih sengsara menderita

Dia terpaksa
menanggung sendiri penyeksaan itu,

Kehilangan
demi kehilangan ditatapi,

kesakitan
demi kesakitan dirasai.

Tapi aku di
sini hanya mampu menangis, mengalirkan airmata simpati,

Aku bagaikan
turut sama merasai derita itu.

Walau aku
tahu takkan sama.

Namun ingin sekali
aku ke sana, Ingin aku bersamanya,

Membantu menghulur
apa yang termampu, berada di sisinya untuk aku lindung.

Berdiri
bersamanya untukku turut menanggung

Ingin juga aku
bisikkan secebis madah kekuatan

Ingin aku
lagukan sebuah irama perjuangan

Buat si pejuang
kecil itu

Agar tidak
lagi aku dengari tangisan pilunya itu.

Agar tidak lagi aku lihat wajah
derita ketakutannya.

Wahai anak,

Usapilah air matamu,

Redakanlah tangisanmu,

Kuatkanlah hatimu untuk kau terus
berdiri,

Aku akan berdiri bersamamu di
sini,

Ibu dan ayah bukan pergi untuk
meninggalkan sengsara dan derita

Tetapi mereka pergi dengan
meninggalkan darah perjuangan.

Agar kau terus membela hak dan
maruah diri dan agamamu.

Mereka pergi dengan sejuta harapan

Agar kau terus teguh menjadi
generasi pembela,

Menjadi
penyambung perjuangan suci ini yang bakal membebaskan bumi ini

Duhai anak,

Ingin aku pinjam kekuatanmu itu
untuk aku memulakan langkah perjuangan

Perjuangan yg menjadi amanah dari
Tuhan

Aku berjanji
akan turut berjuang bersamamu demi kebenaran

Bersamamu
wahai tentera Allah.

Menggempur
Yahudi laknatullah tanpa gentar

Meroboh
pasukan kuffar tanpa kenal lelah

Aku akan bersamamu
mengembalikan kesucian AlQuds yang telah ternoda

Dengan segala
kekuatan dan juga harapan, aku akan mempertahankannya.

Walau aku
jauh, jauh di sini

Kau perlu
tahu aku turut berdiri bersamamu demi mempertahankan bumi itu.

Kau perlu
tahu aku sepenuh hati rela menjadi benteng pertahanan AlQuds itu

Hanya bersenjatakan kebenaran,

Akan ku bebaskan bumi yang asalnya
bebas.

Akan ku kembalikan semula kesucian
al-Quds,

Selepas kehinaan dan penderitaan
yang tercoret di tanah itu.

Kesedihan dan penyeksaan,

Ujian…dan jua keinsafan.

Aku akan maju ke hadapan,

Mengetuk kubu-kubu mereka,
menghancurkan barisan mereka,

Dengan derap langkah perjuangan

Walau berdepan dgn dentuman darah
yg tersimbah,

Akan ku tegar
membakar, mencerai-beraikan pasukan mereka.

Dan aku
selamanya tidak akan redha walau sejuzuk bumi ini dijajah,

Takkan kutinggalkan
walau sehasta pun kepada penjajah yang hina!

Takkan aku
biarkan AlQuds dipenuhi noda dan kebatilan

Aku berdoa
padaMu Ya Allah agar aku terpilih

Aku berharap
aku dimuliakan

Menjadi
antara tenteraNya yang membebaskan al-Quds,

Walau sumbanganku
bagai tiada nilainya.

Akan tetap
aku teruskan.

Duhai sahabat,

Cukupkah sekadar kita meluahkan
rasa simpati.

Cukupkah hanya lisan berkata-kata

Tetapi anggota tiada bertindak,

Hati keras kematu tanpa ihsan,

Kau kira layakkah
kita digelar pejuang??

Layakkah kita
meraih janjiNya untuk mereka yg berjuang keranaNya

Sahabat
saudaraku,

Sudah tiba masa
untuk kita meredah dan menempuh perjuangan ini.

Sudah tamat waktu kita duduk
nikmat.

Tiada masa
lagi untuk kita hanya sekadar duduk dan melihat

Bangkit saudaraku. Bangunlah
saudaraku.

Tangan-tangan ini kita ikatkan,

Bahu-bahu ini kita gandingkan,

Hati-hati ini kita satukan,

Hanya dengan satu tujuan…

Kembalikan al-Quds pada yang hak.

Sucikan al-Quds dari kehinaan.

Sudah lama jihad perjuangan itu
menanti kita….

Ya Allah,

Sesungguhnya kami
meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami

Dan kami
berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya
Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka

Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka

Goncangkan
pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka

Wahai tuhan yang
gagah perkasa

Wahai tuhan yang
penuh raksasa

Wahai tuhan yang
bersifat murka

Ya allah Ya
allah Ya allah

Ya allah,  Wahai tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai tuhan yang mengarakkan awan

Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab

Kalahkan mereka Ya Allah Kalahkan mereka Ya Allah

Kalahkan mereka Ya Allah

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ya Allah perkenanlah permohonan kami ini Ya Allah

Agar do’a ini menjadi sumber kekuatan kami yang teragung.

Amiin Ya Rabbal ’Alamin.

*firstmartyr*

Remembrance of AlQuds

16 Ogos 2008

Dideklamasikan oleh : Emilia & Sumayyah





Remaja Jiwa Merdeka

17 08 2008

Jendela Hikmah: LIMA ASAS PENTING REMAJA JIWA MERDEKA
Oleh Maryam Jailani

PADA saat rakyat seluruh negara membilang hari menjelang sambutan
kemerdekaan yang ke-50 pada akhir bulan ini, ramai remaja masih
tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan jiwa remaja merdeka.
Lahir pasca merdeka terutama menyebabkan mereka hanya mendengar kisah
kemerdekaan daripada generasi emas atau berusaha memahaminya menerusi
rakaman yang masih tersimpan.

Sesungguhnya tidak. Mengapa? Kerana erti sebenar jiwa merdeka lebih
daripada itu! Mengetahui erti sebenar jiwa merdeka serta batasnya, dan
memahami nilainya yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa
penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan
jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan diberikan
kepada kita.

Dalam konteks ini, jiwa remaja yang merdeka dapat difahami berdasarkan lima asas penting :

  • Pertama, jiwa remaja yang merdeka kenal jati dirinya.

Jiwa remaja yang merdeka memahami dari mana dirinya datang, mengapa
dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Kefahaman ini
bukan sekadar maklumat pengetahuan yang dihafal daripada buku, tetapi
dihayati dan dijelmakan dalam kehidupan seharian.

Contoh remaja yang berjiwa merdeka sangat jelas pada zaman
Rasulullah. Remaja seperti Ali bin Abi Talib serta Aisyah binti Abu
Bakar faham mereka diciptakan Allah dan akan kembali semula
kepada-Nya.Mereka juga mengerti dengan sebenar-benarnya hidup di dunia
yang singkat ini harus digunakan untuk menjadi hamba yang taat kepada
Allah dan berusaha mengembalikan dunia dalam ketaatan kepada hakimiyah
Allah.

Remaja berjiwa merdeka juga tidak pernah ketinggalan daripada memahami sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Mereka berusaha menekuni iktibar daripada kegemilangan dan
keruntuhan tamadun manusia sepanjang sejarah. Mereka memahami bahawa
sepanjang sejarah manusia, kebenaran tidak akan pernah lapuk ditelan
zaman. Kebenaran akan tetap menang dan menyerlah! Dengan kefahaman
inilah, mereka benar-benar kenal siapa diri dan betapa tingginya nilai
diri mereka apabila menjadi remaja berusaha memenuhi tujuan hidup.

  • Kedua, berbekalkan kefahaman jati diri sebenar,
    jiwa remaja merdeka akan memperoleh lebih kekuatan daripada
    kemerdekaannya kerana dia memahami dirinya hanya perlu tunduk kepada
    Penciptanya. Dasar hidupnya adalah dua kalimah syahadah yang difahami
    implikasinya dengan sepenuh jiwanya.

Tuntutan kalimah syahadah akan memberikan lonjakan hebat yang mampu
menolak segala kesetiaan dan ketaatan kepada selain dari-Nya.

Walaupun 50 tahun Malaysia merdeka, remaja menemui kemerdekaan jiwa
mampu membawa dirinya keluar daripada belenggu ketaatan kepada makhluk
menuju kesetiaan hanya kepada Pencipta. Hidup dan matinya, seluruhnya
diasaskan secara jelas kepada paksi ini. Seluruh denyutan nadi dan
degup jantungnya berlaku dengan kesedaran bahawa inilah erti
kemerdekaan sebenar!

  • Ketiga, jiwa merdeka juga yakin dengan kewujudan
    dan kebenaran hari pembalasan. Remaja berjiwa merdeka memahami bahawa
    kematian itu pasti.

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian dan hanya Allah yang mengetahui bilakah ajal setiap makhluk-Nya. Firman Allah: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh….” (An-Nisa’: 78).

Bertitik tolak daripada kepercayaan yang kuat inilah, remaja berjiwa
merdeka sentiasa memperhatikan tingkah lakunya agar menjadi modal
paling strategik untuk manfaat kehidupan selepas mati. Jika terjatuh
dalam lubang kealpaan dan kelalaian, remaja berjiwa merdeka akan
bangkit kembali menebus kesalahannya dan tidak akan mengulanginya.

  • Keempat, kesannya, lahir remaja merdeka yang
    sentiasa berlumba-lumba untuk menjadikan seluruh hidupnya bermakna.
    Tidak ada satu detik pun yang akan diizin untuk dibazirkan ke jalan
    tidak berguna.

Begitulah hebatnya jiwa remaja yang merdeka. Mereka menyedari bahawa
hidup di dunia ini hanya sekali, maka sebaik-baiknya mereka harus hidup
dengan penuh erti.

Apabila dipanggil kembali, remaja berjiwa merdeka tersenyum bangga
membawa bekal bersinar untuk dipersembahkan kepada Tuhannya. Firman
Allah:

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Masuklah ke dalam barisan
hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku
” (Al-Fajr: 27-30).

Mereka puas kerana memanfaatkan anugerah kehidupan di dunia sebagai
manusia yang menjalankan amanahnya, bukan robot yang sekadar mengulangi
rutin kehidupannya tanpa mengetahui tujuan hidupnya.

Remaja berjiwa merdeka sedar dan faham bahawa berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran bukanlah tujuan akhir hidupnya.

Mereka tidak terperangkap dalam kerugian menagih seluruh masa mereka
hanya untuk mengisi maklumat di minda dan mendapatkan makanan untuk
survival fizikal.

Mereka tidak akan membiarkan hati kecut dan gersang kerana perangkap
ini. Mereka tidak akan tertekan dengan himpitan beban pelajaran, tetapi
rasa bertanggungjawab untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk
memajukan diri dan ummah.

  • Kelima, jiwa remaja merdeka adalah jiwa sentiasa
    memperjuangkan kebenaran. Kisah interaksi manusia dan kebenaran
    sepanjang sejarah membentangkan kepada kita pelbagai jenis episod. Ada
    yang untung dan ada rugi.

Remaja berjiwa merdeka termasuk dalam golongan mereka yang untung.
Mengapa? Kerana jiwa merdeka sentiasa mencari kebenaran, tidak
menolaknya, berusaha memperjuangkannya dan menyokongnya dengan sepenuh
jiwa dan sepanjang hayatnya.

Hidup dan mati dengan asas kebenaran itu adalah tanggungjawab. Ia
bukan pilihan, tapi ia anugerah. Yang pentingnya merdeka pada jiwa dan
bukan hanya pada fizikal.

Pernahkah kita terfikir mengapa ikan hidup di laut yang masin tidak
terasa masin, tetapi ikan masin yang disaluti garam yang sedikit terasa
sangat masin? Kerana bezanya ikan di laut hidup, tetapi ikan masin mati.

Begitulah jiwa manusia. Jiwa yang hidup tidak akan terpengaruh
dengan anasir buruk yang sentiasa cuba untuk dipengaruhi tetapi jiwa
mati mudah sekali terjebak dengan apa juga anasir buruk yang datang
kepadanya.

Semoga kemerdekaan kita terus berkekalan sebagai umat yang salih dan
diredai Allah. Kita isi makna kemerdekaan negara dengan akhlak terpuji,
bukan merosakkan erti kemerdekaan itu sendiri.

– Penulis adalah Pelajar Sarjana Perbandingan Agama, Kulliyyah
Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa dengan
kerjasama Wanita JIM





Palestin..masihkah di hati?

14 08 2008

 


Wasiat Terakhir As syahid Dr Abdullah Azam
 

Mujahid berbangsa Palestin yang berjuang menentang Rusia di bumi

Afghanistan

Wahai Kaum Muslimin!

Kehidupan kalian adalah jihad..
Kemuliaan kalian juga terhasil daripada jihad..
Dan kehidupan kalian atas muka bumi ini..
Terikat dgn ikatan berpanjangan dengan jihad..

 

Wahai Kaum Muslimat!

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kpd jihad
Ia juga pembinasa diri manusia..Oleh itu janganlah menunjukkan
sesuatu yang berlebihan..Cukuplah sekadar keperluan saja..

 Didik dan latihlah anakmu dengan kegagahan dan
kejantanan serta kepahlawanan dan jihad..

 Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa
dan bukanlah reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut..

 Tanamkanlah kedalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad
keinginan kepada

medan

perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.

 Hiduplah kalian dengan tidak melupai penderitaan yang ditanggung oleh umat islam..

 Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu
sekurang-kurangnya hidup bagaikan mujahidin
dengan hanya makan roti kering tanpa lauk
dan meminum secawan teh tanpa gula..





allahummansurna ‘ala anfusina wa tohhir qulubana

12 08 2008
assalamualaikum wrt wbt,
wahai akh dan ukht yg benar,
sesungguhnya Allah itu Maha Agung dan Maha Besar,
Maha Pencipta alam ini dan segala isinya,
juga akhirat, syurga dan neraka.
betapa kerdilnya diri kata berbanding kekuasaanNya
tiada tempat dlm alam ini yg bukan milikNya
Allah menjadikan Islam sbg cara hidup dlm susunan alam ini
menjadikan kita hamba nya yg diberi keistimewaan utk memegang agama ini
betapa istimewanya kita kerana telah memperoleh agama ini
lagi istimewa kerana membawa risalah kekasihNya
namun, kita tetap tidak tahu bersyukur
selalu complain ttg itu ini
apa lg yg kita mahukan
tidak cukupkah dgn nikmat yg Allah berikan
kita yg tidak bersungguh bukan Allah yg tak nak bagi
betulkah hati telah benar2  ikhlas
wahai akh dan ukht yg benar,
dimanakah solat malammu
dimanakah tadabbur mu dgn hati yg memahami
dimanakah ibadat2 sunat mu
dimanakah sedekah tenagamu, masamu, dan hartamu,
utk kebaikan dirimu dan bekalanmu,
juga utk agama ini,
agama yg menyelamatkan kamu dunia akhirat
apakah ada antara kita yg berani jamin dirinya akan ke syurga
apakah kita tahu bila kita akan mati dan mmg telah bersedia utk itu
tahan kah kita dgn sakitnya mati, seksanya azab kubur, panas nya api neraka
seorang pesakit yg mempunyai masa 2 bulan utk hidup dapat bersedia utk kematiannya
apakah kita tahu bila masa kita?
bagaimanakah agaknya keadaan kita ketika kematian,
mungkin dilanggar kereta, mungkin menghidap cancer, mungkin terhempas kapal terbang
apa2 saja  mungkin terjadi
wahai akh dan ukht yg benar,
Allah telah memilihmu utk diberinya kebaikan
begitu sombongnya kita kerana tak mahu ambil nya dgn sepenuh hati dan berasa seronok dgnnya
sombongnya kita kerana tidak mahu terima hadiah dr yg Maha Kaya dan Maha Kuasa
alangkah sedihnya kita apabila
hadiah yg diberi tidak dihargai oleh sahabat kita contohnya
tapi Allah, tetap memberikan nikmatNya walau bagaimana sombong pon kita
kita mmg manusia yg tidak tahu bersyukur!
sekali lagi Allah memberikan kita hadiah utk tahun ini, iAllah
bulan yg di dalam nya terdapat satu mlm yg lebih dari seribu bulan
bulan yg amalan2 wajib digandakan sebanyak 70 kali
bulan yg amalan2 sunat sama nilainya dgn amalan wajib
oh betapa pemurahnya Allah,
betapa kasihnya Allah pd kita

Allahumma ballighna Ramadhan

ramadhan kareem, Allahu Akram

semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya

semoga tarbiyyah Ramadhan menjadikan kita hamba2 Nya yg menjadi isi2 syurga

bersama para Rasul dan sahabat

bersama org2 yg dikasihiNya

ameen Ya Rabb

ammen Ya rabbal ‘alameen

==========

peringatan buat diriku yg sering lupa