Allah, dengarkan rintihan hati ini

23 06 2008

La ilaha illa Anta. SubhanaKa inni kuntu minaz zolimin

Allahumma solli ‘ala

Muhammad

Wa

‘ala alihi wa asbihi ajma’in

 

Wahai saudara-saudaraku,

Allah Maha
Mendengar, Maha Menatap, Maha Menyaksikan pertemuan ini

Dialah Allah Yang Maha Tahu diri kita yg sebenarnya

Tiada yg tersembunyi bg Allah yg Maha Agung

Dia tahu setiap
lirikan mata dan niat di sebalik lirikan

Dia tahu apa yg
ada dlm benak fikiran kita

Dialah Allah Maha
Mendenagr setiap tutur kata

Allah Maha Tahu org2 yang terluka hatinya

Allah Maha Tahu setiap dusta yg kita ucapkan

Allah Maha Mengetahui segala kebusukan hati kita

Riya’ di balik
amal2 kita, sombong dan takabburnya diri kita

Allah Maha Tahu
segala kedengkian yg ada di hati ini

Terhadap org yg
diberi rezeki oleh Allah

Allah Maha Tahu maksiat yg terang-terangan

mahupun maksiat yg sembunyi-sembunyi

 

Saat ini kita dihargai bukan kerana kemuliaan yg kita miliki

Kita dihargai kerana Allah masih menutupi kebusukan kita yg
sebenarnya

Andai Allah berkehendak utk membukanya

Maka tiada siapa pun yang bisa menghalangnya

 

Wahai saudara-saudaraku

Hanya Allahlah yg membuat kita masih dihargai oleh orang
lain

Amal yg kecil dan
sederhana

Allah tampakkan kpd
org lain

Sehingga org lain
mengkagumi, menghormati dan menghargai diri kita

 

Wahai
saudara-saudaraku,

Andai kata esok
lusa hidup kita berakhir

Maka tiada satu
pun yg dpt menyelamatkan kita selain kurnia Allah

Mana amal yg kita miliki?

Solat jarang
khusyuk, itu pun sisa waktu

Amal kita, sedeqah kita hanya sisa wang itupun yg tidak
berharga

Andai kita
menolong dan berbuat kebaikan, jarang ikhlas

Saum yg kita
lakukan di bulan ramdhan pun

Kdg hanya perut
shj yg berpuasa

Mata tidak
berpuasa

Hati tidak
berpuasa

 

Ya Allah Wahai yg
Maha Mendengar

Wahai yg Maha Menatap

Wahai yg Maha Tahu
segala perbuatan dosa dan maksiat

Ampuni seluruh
dosa kami Ya Allah

Ampuni sebusuk
apa pun diri kami

Ampuni sebanyak
apapun dosa yg melumuri tubuh kami ini

Ampuni maksiat yg
terang-terangan atau sembunyi-sembunyi kami lakukan

 

Ya Allah,

Ampuni maksiat
mata kami

Jadikan mata ini menjadi
mata yg selalu akrab dgn ayat2Mu

Jgn biarkan dgn
mata ini yg membuat hati kami mati

 

Rabb,

Ampuni maksiat dr
pendengaran kami selama ini

Jadikan telinga
menjadi telinga yg selalu rindu mendengar kebenaranMu

Jadikan telinga
menjadi telinga yg selalu rindu mendengar namaMu

 

Ya allah ampuni
segala maksiat mulut kami

Ampuni segala
kebohongan yg pernah kami ucapkan

Ampuni seandainya
mulut ini sering melukai hati ibubapa kami

Ampuni jikalau dr
mulut ini banyak org yg tersakit

Rabb,

Jadikan mulut
kami ini menjadi mulut yg selalu bersih dr kata dusta

Lisan yg selalu basah menyebut namaMu

Lisan yg menjadi cahaya ilmu bg hamba2Mu

Lisan yg Engkau ijab doa2nya

 

Ya Allah,

Kurniakan kpd kami ampunan atas maksiat yg dilakukan tubuh
ini

Ampuni jikalau tubuh kami pernah membuat nista

Ampuni jikalau tubuh ini ada daging haram yg pernah kami makan

Makanan haram, harta haram

Kurniakan kpd kami tubuh yg bersih Ya Allah

Bersihkan dr segala kemaksiatan yg pernah dilakukan oleh
jasad ini

Izinkan sampai akhir hayat tubuh ini bersih Ya Allah

Bersih dr harta haram,

Bersih dr makan haram

Bersih dr perbuatan haram

 

Ya Allah

Kurniakan kpd kami
ampunan atas maksiat hati kami

Ampuni jikalau
kami sering berbuat takabbur

Ampuni jikalau
hati ini sering menghina dan merendahkan hamba2Mu

Ampuni jikalau kami sering riya’

Allah, ampuni
jika kedengkian masih bersemayam di hati ini

Rabb,

Jauhkan dr diri
kami dr segala kesombongan sekecil apa pun

Indahkan hati ini
dgn hati yg tawadhu’

Jauhkan dari diri
kami sifat riya’ dan pamer Ya Allah

Indahkan hati
kami menjadi hati yg ikhlas hanya kerana Engkau

Jauhkanlah hati
kami dr kedengkian, kebencian terhadap kaum yg beriman

Jadikanlah hati kami
hati yg penuh kemaafan, hati yg penuh kasih sayang

Duhai Allah

Kurniakan kpd
kami hati yg selalu ingt kpdMu

Hati yg tidak
bisa lupa pdMu

Hati yg merasakan
kehadiranMu

Hati yg tidak
berharap selain berharap selain harap kpdMu

Rabb,

Indah hidup kami
dgn hati yg merasakan bahagianya mencintaiMu

Mencintai org2 yg
mencintaiMu

 

Duhai Allah

Hanya Engkaulah
yg Maha Tahu kapan hidup kami berakhir

Jadikan umur yg
tersisa ini

Bisa
membahagiakan ibubapa kami

Golongkan sisa umur ini

Bisa menjadi jalan kebahagiaan,

Kemuliaan bg ibu bapa kami Ya Allah

Jadikan umur yg tersisa

Bisa membangun rumahtanga yg sakinah

Bisa menjadi ibubapa atas anak2 yg soleh dan solehah

Bisa menjadi hambaMu
yg penuh manfaat

Allahumma inna
nas aluKa ridhaKa wal jannah wana’uzubiKa min sohhatiKa wan naar

 

Ya allah
selamatkan umatmu ini Ya Allah

Jangan biarkan
kami diperbudak nafsu

Jangan biarkan
hidup kami ditipu oleh dunia ini

Jangan biarkan
kami diperdaya oleh syahwat

Jangan biarkan
kami terjerumus kerana amarah

 

Ya allah, andai suatu saat hidup kami berakhir

Allahumma inna nas aluKa taubatan nasuha wa taubatan qablal
maut wa rahmatan ‘indal maut wa maghfiratan ba’dal maut

Alluhamma takhtim ‘alaina bihusnil khotimah bikalimatil
lailaha illallah

Wa la takhtim ‘alaina ya Allah bisui khotimah

Amin ya Rabbal ‘Alamin.





Selamat Tinggal Silamku..

13 06 2008

Sabtu, 14 jun 2008.
hari ni hari lahir abah. sedar x sedar, sudah mencecah 50 tahun usia abah rupanya.anak2 abah sume dh besar2 rupanya…smg allah berkati baki usia yg dikurniakan utk abah.moga dipanjangkan umur dlm beribadah kpdNya dan dalam perjuangan menegakkan syariatNya di muka bumi ini.semoga aku dan adik beradik yg lain mampu menjadi penyejuk hati dan qurratu a’yun buat abah dan ummi..
abah, sumayyah nk jadi pejuang macam abah dan ummi 🙂
td call abah, nyanyi happy birthday kat abah 🙂 hehe..abah kata, ada lagi 13 tahun..aku tanya, kenapa? sbb nabi meninggal usia 63. nk mcm tu juga.
bila dgr abah ckp mcm tu, hati rasa sayu. rindu nak balik rumah. [tgh2 musim exam ni la, penyakit tu dtg :)..ujian betul] -kene lupakan dulu ni, xboleh layan sgt perasaan rindu tu..perjuangan aku di sini masih panjang..masih belum selesai…

sudah berhari2, berminggu2 berusaha utk fahamkan ilmu2 dunia yg dipelajari sebelum aku diuji minggu depan :).
bila terkenangkan besar harapan ummi abah utk lihat aku menjadi seorang yg berjaya dlm bidang ekonomi, semangat aku kembali pulih.. susah mcm mana pun, aku tetap positif. sbb masa undergrad dulu pun, xde pun teman belajar, susah juga mcm sekarang, tp allah izinkan aku berjaya sehingga terpilih utk smbung honours..klu dulu aku boleh bersabar dan bertahan, xkan tahun ni xboleh? mudah2an kekuatan dr Allah terus bersamaku.
bila memikirkan abah pernah kata "abah dh cop sumayyah utk diinfaqkan kpd ummah sbg economists", aku rasa lebih bertanggungjawab. berat juga bebanan yg dipikul andai ia utk kepentingan ummah. aku sedar betapa parahnya umat islam kini bila sistem ekonomi dunia dikuasai golongan kuffar. umat islam ditindas, dipermainkan dan mudah ditipu..mampukah aku mengubah semua itu dgn ilmu yg sgt sedikit ini?? bukan mudah sebenarnya. tapi at least ada la keazaman dan himmah yg tinggi utk menyumbang sesuatu kpd ummah..it’s a part of jihad dan dakwah..moga allah permudahkan…

tgh tunggu isya’ ni, terasa nak coretkan sesuatu..sejak petang td, masa memasak lunch, kisah silam dtg menjenguk..rasa xsedap hati..rasa byknya kelemahan..moga telah diampunkan allah dosa2 yg lalu..dan moga2 aku kuat dlm mujahadahku..skrg ni takut bila memikirkan masa depan..sesuatu yg tidak pasti..tsabat kah aku kelak? istiqamah kan? bagaimana pengakhiranku? semua itu telah tertulis indah dlm takdirNya, xblh layan sgt perasaan mcm ni. aku selalu tanam harapan, nak jadi hamba Allah yg paling dekat hatinya dgn Allah, nak jadi anak yg solehah pd ummi dan abah. mudahkah semua ini?

Allah, peliharalah aku dr kemungkaran. kuatkanlah langkahku dlm jalanMu. teguhkanlah hatiku utk terus menyebar risalahMu. kuatkan aku dlm mujahadahku.
usah biarkan kisah silamku terus memburu…

Aku ingin padam kisah silam yg telah berlalu tp ia tetap hadir..mungkin utk aku singkap kembali sejauh mana aku telah pergi kini..terima kasih Allah atas segalanya..aku bersyukur..

SELAMAT TINGGAL SILAMKU…


Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa


Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini
diri yang lemah Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku

********************************

SEMALAM

Semalam
Terukir peristiwa silam
Kenangan tak bisa terpadam
Ku terkenang oh semalam

Sedetik
Ku singkapi tirai memori
Saat duga tiba menguji
Oh semalam telah pergi

Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna

Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam

Tuhan
Ampunkan segala dosa-dosa
Moga hari esok ku lebih sempurna

Semalam
Ku meniti jalanan suram
Hampir ku hanyut dan tenggelam
Ku tinggalkan oh semalam
Ku tinggalkan semalam

Kian menjauh dan
semalam terus menjauh

Takkan ku berpaling
lagi
Kerna semalam pergi

waktu rehat pun dh abis.nk g hafaz surah nuh, nk jd mcm asma’..berangan nk jadi hafizah juga…:) hehe.
Allah, rehatkan aku dgn solat & hiburkan aku dgn Al-Quran..
terima kasih Allah.

tahniah zubair dpt 3.7 sem ni. mesti ummi abah gembira.moga jadi anak yg soleh wa musleh…





Berilah saya peluang untuk bercinta..

5 06 2008

Berilah saya peluang untuk bercinta..

 

Seusai
solat Subuh pagi ini, aku termenung mengingatkan perbualan aku dgn seorg
sahabat suatu ketika dulu yg mana sebelum ini aku tidaklah mengambil berat sgt
ttgnya, mungkin ada yg lebih penting dlm fikiranku ketika itu…tapi hari ini
aku terimbas kembali perbualan ini, memang benar apa yg aku katakan ketika itu,ya!
inilah yg aku rasa terutama apa yg aku lalui kini, waktu kehidupan yg penuh
celaru tp dlm hati ada tenangnya sbb selalu rasa kehadiranNya bersama aku. Tiada gelisah walau kesibukan dunia
memburu kerana tahu hanya Allah selayaknya menghadiahkan ketenangan.

 

************************************************************************

 

”Awak pernah jatuh cinta?”

 

”Sumayyah,
bila awak tulis

surat

cinta utk Allah, awak mcm tenggelam dan larut dgn cinta tu. Apa yg awk rasa
ye?” sapa seorg sahabat. Soalan yg xpernah aku lalui sebelum ni. aku hanya
mengukir senyum di bibir. Jawabku, “bagilah peluang untuk saya bercinta..” dan
dia bertanya lagi, “erm, awk pernah rasa cinta manusia? Sama ke dgn perasaan
bila ada cinta dgn Allah, sy susah la nak rasa manisnya cinta Allah yg awk
gmbrkan dgn kata2 dan tulisan awk..” soalan cepumas tu, aku jawab dgn nada yg
agak mendatar, “sy xnafikan saya pernah je jatuh cinta dgn manusia kalau awk maksudkan
cinta tu cinta lelaki la tapi xjatuh selama-lamanya sebab sy tahu hak cinta yg
sepatutnya, sy cinta manusia seadanya, kita xboleh elak rasa cinta tu kerana
itu fitrah sbb sy kan manusia juga J, entah2 sekarang ni
pun ada je yg berjaya curi hati sy tp xkan nk ikutkan sangat cinta itu klu itu
bukan hak dia. Klu cinta ibubapa, keluarga, kwn2 of course la sy pernah dan
sedang alaminya ” Dia mencelah, “awk pernah jatuh cinta dgn lelaki? Mcm xpercaya je..”. “dia ni mcm nak korek
rahsia peribadi aku je ni”, getus hatiku. Aku terus tukar topik perbualan, aku hanya
jawab, ”cubalah cintai Allah. Pasti tiada kecewa sbb Allah cinta kita. Saya
jeles bila tgk org bangun tahajud sbb die dpt luahkan kasih dan cintaNya pd
Allah,klu boleh, saya lah org tu, ternanti2 saat waktu utk berdua dgn Allah,
hanya saya dan Allah, boleh bgtau semua kat Allah, boleh ucap kata cinta yg
pasti didengari dan pasti terjawab, boleh nangis kat Allah..klu cinta manusia,
cepat kecewa kalau dia guris hati kita, bila kita dia terlupa ambil berat, kita
bawa hati, x ke sengsara tu..sy doa supaya sy bukanlah manusia yg menyebabkan
manusia lain kecewa krn cinta…klu kita cinta Allah, kita xckp apa2pun Allah
tahu, Allah sentiasa ambil berat..awk pun tahu kan” Sahabatku terdiam dan
merenungku, airmata bergenang di matanya, ucapan terima kasih drnya aku sambut
dgn dakapan.”semoga ketemu cintaNya yg pasti..selamat memburu cinta Allah..aku
pun masih berusaha utk terus merasai manisnya cinta Illahi itu”, bisik
hatiku.Dan perbualan kami berakhir di situ.

 

***********************************************************************

 

Sebuah episod cinta yg harapnya tidak akan
berakhir…

 

Seawal jam 3 pagi ini aku bangun,
dikejutkan dgn ayat2 cintaNya yg kedengaran drpd laptop kak ana di luar bilik,
surah albaqarah yg ayatnya bermaksud ”..khabarkanlah berita gembira kpd org mu’min
ttg syurga..” aku bingkas bangun dan tersenyum sendiri, terasa rindu utk
bertemu alKhaliq, terasa Allah memanggil2 utk bertemu dgnku…aku terus ke
bilik air utk mengambil wudhu’ dan kemudian bersiap utk bersolat, belum sempat
aku mengangkat takbir utk melaksanakan solat isya’, airmataku mengalir,
mengalir selaju2nya. Di saat itulah aku berbicara terus dgn allah, rindunya
saat ini, saat aku terasa lapangnya jiwa dan fikiran dan tiada yg lebih utama
utkku kini selain utk bermanja-manja dgn Allah. Terima kasih allah, ucapkan
berkali2. Kau bersamaku di saat getirku, susah dan serabutnya aku, Engkau
sentiasa bersama, aku yg tidak adil, selalu kata aku cinta Engkau tp bila aku
dlm kesibukan, aku terlupakan Engkau yg menanti aku meluangkan masa untukMu…”maafkanlah
bila hat xsempurna mencintaiMu”, nasyid opick yg sentiasa terngiang2 di
telingaku bila aku selalu x ingat Allah.

Rasa terlalu cepat masa berlalu, baru 4
rakaat solat sunat, jam dh menunjukkan pukul 5 pagi, berat rasanya untuk
biarkan masa itu berlalu, nak lama lagi, aku meneruskan solatku, dlm sujud
airmata aku mengalir deras, rasa bersalah pada allah, rasa berterima kasih pd
allah, aku hadir dgn harapan, rindu pada syurgaNya, xmacam dunia, serabut,
menakutkan, menipu, melalaikan….kdg2 aku tersungkur. Tp dgn cintaNya juga,
aku bangkit kembali..

Dlm sujudku yg terakhir dlm witir, terasa
tidak mahu mengangkat kepala utk mengakhiri solatku..tergerak dlm hatiku,
”sempat ke nak tunggu esok pagi utk jumpa Allah sendiri2 lagi?” smg masih
berpeluang utk bertemuNya di setiap saat sunyi, di kala insan lain sedang
nyenyak tidur. Agaknya disitulah manisnya..moga kemanisan cinta ini kekal
hingga saat aku melangkah ke Jannahnya….  

Moga hari ini lebih baik drpd
semalam..sekadar perkongsian rasa cinta ini..khusus untuk sahabat2 sy yg juga
seorg da’i, penawar segala duka dan kepayahan dlm mujahadah kita hanya satu
iaitu cintai Illahi sbb kdg2 org di sekeliling xfaham bahasa kita, iaitu bahasa
dakwah, kdg2 mereka xfaham apalah yg beban sgt yg kita tanggung, apalah yg
menyedihkan kita dan semuanya..tp Allah tahu kan….terima kasih Allah..

 

************************************************************************

 

Firstmartyr

6 Jun 2008, 7.05am

902 Forte

Auckland