Ya Rabbi, sudilah pandang kami

31 05 2008

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba2Mu

 

Ingin aku berbicara dgnMu di setiap masa yg aku ada dan di setiap tempat aku berada

 

Ingin aku meluahkan segala apa yg terpendam dlm hati ini

 

Walau aku tahu Engkau sangat2 memahami dan mengetahui,

 

Tanpa aku bicarakannya kpdMu

 

Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku drpd diriku sendiri

 

Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini

 

Kerana Engkau lebih dekat dgnku drpd urat leherku sendiri

 

 

 

Ya Rabbi, sudilah pandang aku

 

Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.

 

Aku tahu..

 

Aku sering menghadapMu dgn wajah yg kelam, tidak berseri

 

Aku sering berhadapan dgnMu tika jiwaku berkeluh kesah

 

Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.

 

Di saat senang dan sibuk dgn dunia, aku melupakanMu.

 

Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu

 

Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara utk aku mencari bekal sebanyaknya

 

 

 

Namun, di saat ini aku hadir utk menghadapMu

 

Bersama dosa dan noda yg tak terhitung banyaknya

 

Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu

 

Dan tertipu dgn dunia dan syaitan

 

Allah, pandanglah aku dgn kasih sayangMu

 

Pandanglah aku dgn keampunanMu

 

Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu

 

Kerana aku benar2 menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu

 

Tapi, layakkah aku Ya Allah?

 

 

 

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,

 

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?

 

Bagaimanakah keadaanku waktu itu??

 

Hitamkah wajahku bila berhadapan dgnMu?

 

Berseri dgn sinar cahayakah wajah ini?

 

Berlarikah aku menujuMu krn rindu utk menemuiMu?

 

Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu dgnMu?

 

Allah, aku bimbang..

 

Aku gusar dan takut Ya Allah..

 

Apabila memikirkan saat itu

 

Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.

 

Allah, sukarnya utk aku meredahi cabaran dunia ini

 

Ingin ku buang jauh duniaku yg melalaikan

 

Tp ia selalu menarik2 hatiku utk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu

 

Kadang2 aku terlupa, kadang2 aku sengaja

 

Aku takut pdMu Allah tp kenapa aku seringkali mengulangi dosa2 terhadapMu?

 

Aku sering berjanji di depanMu utk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa ttgMu

 

Semudah itu Ya Allah aku sbg hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu

 

Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu

 

Engkau sentiasa bersedia mengampuniku…

 

 

 

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba utk kembali pdMu

 

Aku dlm keadaan tidak bersedia dan penuh dgn hitam noda

 

Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?

 

Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yg Engkau beri kpdku dlm keadaan yg terbaik?

 

Allah, aku mohon dgn sangat..

 

Sucikanlah hati aku dgn maghfirahMu

 

Agar tersenyum aku pulang mengadapMu

 

Allah, terimalah taubatku

 

Agar bercahaya wajahku dgn nuurMu bertemu dgnMu

 

Allah, pimpinlah aku dgn hidayahMu

 

Agar mudah jalanku ke JannahMu…

 

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu

 

Aku harap Kau terima amalku utk aku persembahkan di hadapanMu kelak

 

 

Ya Allah, dengarkanlah rintihan  & permohonan hatiku ini

 

Hadiahkanlah cahayaMu kpdku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu

 

Amiin Ya Rabb..

 

Aku mohon dgn sangat..Perkenankanlah.

 

::Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu::

‘abd faqir ilallah,

KATIBAH

31Mei2008

Auckland, NZ

Advertisements




Sebuah Perlumbaan Hakiki

27 05 2008

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah..” [70:19-20]
Kenapa manusia suka mengeluh dgn segala apa yg dihadapinya di dalam dunia ini padahal dia yang memilih setiap apa yg dilaluinya?

Sejak
kebelakangan ini aku memperhatikan manusia di sekelilingku, menilai
tindakan dan ucapan yg lahir dari bibir mereka. Aku tahu, masing2 dlm
tempoh “busy”.Hampir setiap masa aku mendengar keluhan tentang
kesibukan dan kepayahan mereka dlm pelajaran. Masing-masing ingin
menyatakan apa yg dipelajarinya yg paling susah, bidang yg diambilnya
yg paling memerlukan banyak masa dan tenaga. Aku, tidak mahu berada
dalam perlumbaan ini, perlumbaan siapa yg paling busy dan paling susah
belajar. Sebab aku selalu ingat pesan ummi, bila nak mengeluh, fikir
lah balik, kita sendiri yang harus bertanggungjawab atas pilihan kita.
Peringatan utk diriku, kenapa dulu kau memilih menyambung dalam bidang
ekonomi di tahun kepujian tetapi sekarang mudah mengeluh dan mahu
berputus asa?

Aku kena selalu pesan pd diri sendiri, kena banyak
bersabarlah, rugilah seandainya belajar dlm keadaan tertekan dan sibuk
merasakan dirinya sajalah yg menghadapi kesukaran. Tidak salah untuk
meluahkan tetapi jangan sampai tidak memikirkan kepayahan orang lain yg
lebih susah daripada kita. Beruntunglah bagi mereka yang tenang dalam
apa yg dilaluinya, bg aku mereka inilah org yg tawakkal sepenuhnya pd
Allah setelah membuat pilihan dalam kehidupan dan redha atas
ketentuanNya.

Aku hanya memilih untuk menyertai SATU perlumbaan
hakiki dan tidak akan berakhir sehingga waktu yg Allah tentukan
kelak.Aku berharap agar aku dikurniakan kemenangan dalam perlumbaan ini
kelak, walau perjalanannya masih jauh dan panjang, aku akan terus
berada dalam perlumbaan ini tanpa berputus asa atau berpatah balik.
Inilah PERLUMBAAN itu:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya
(sendiri) yg ia menghadap kpdnya. Maka BERLUMBA-LUMBALAH kamu dalam
berbuat KEBAIKAN. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan
mengumpulkan kamu sekalian pd hari kiamat. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu” [2:148]

”BERLUMBA-LUMBALAH kamu
MENGERJAKAN AMAL-AMAL YG BAIK untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu,
dan mendapat syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang
disediakan bagi orang-orang Yang beriman kepada Allah dan
Rasul-rasulNya; Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya
kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai
limpah kurnia Yang besar” [47:21]

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

-masih lagi berusaha dan tidak mahu berputus asa-