Hari ini aku mengalah~

27 03 2008

Hari ini.

Akhirnya aku
mengalah.

Bagi airmata ni
mengalir sepuas2nya.

Tak mampu nak
tahan lagi.

Bagi airmata ni
tumpah sebanyaknya.

Tak mampu nak
bendung lagi.

 

Orang kat sini
kata aku kuat dan tabah.

Ye ke?

Kenala jadi kuat
dan tabah.

Kalau tak kuat,
mcm mana nak berhadapan dgn orang.

Mcm mana nak
laksanakan amanah yang terpikul berat.

Mcm mana nak
tunaikan tanggungjawab dakwah yg mencabar.

So, aku kena jadi superwoman.

Kena jadi org yg
paling kuat.

 

Tapi hari ni.

Aku rasa aku tak
mampu.

Tak mampu utk
jadi sekuat itu.

 

Dah lama aku x call ummi abah.

Sbb takut menangis.

Nanti ummi abah risau.

Tapi semalam call jugak.

Sbb zubair bgtau ummi abah risau aku dh lama x call.

Sihat ke, sakit
ke, belajar mcm mana.

Aku rasa
bersalah.

Kuatkan hati dan
dpt ckp dgn ummi.

Tahan airmata utk bgtau aku tgh susah.

Belajar makin susah. Dakwah makin mencabar.

Diri rasa
sendiri.Tiada sokongan.

Mana ntah nak
cari.

 

Ummi bg kekuatan.

Abah hantar msg
doakan aku.

Bila cakap dgn
ummi.

Rasa bersalah. Tak
nak ummi abah risau.

Tapi dgn ummi abah la dpt keyakinan.

Ummi abah selalu ingatkan Allah tentukan semuanya yg
terbaik.

Allah aturkan yg terbaik utk aku.

Aku ada Allah kat mana-mana.

Kalau aku marah, marah kat siapa sebenarnya? Allah ke?

Sbb Allah yang
tentukan aku di sini sekarang.

Kalau aku sedih,
sedih sebab apa? Sbb Allah kata aku masih di sini?

 

Bila cakap dgn
ummi,

Ummi bgtau aku
kene pandang positif pd semua perkara.

Inshaallah susah
mcm mana pun, pasti dpt lalui.

Bila cakap dgn
abah,

Abah kate abah
selalu doa utk aku.

Abah pesan supaya

cuba

je yang terbaik. Selebihnya
kerja Allah.

Bila cakap dgn zubair.

Zubair cakap aku boleh.

Bila cakap dgn asma’.

Asma’ selalu pesan jangan banyak mengeluh.

Pesan Omar,
belajar je. Dia pasti aku boleh lalui semua ni.

Huzaifah? Dia
lagila percaya yg aku boleh buat.

Aku la sumber
inspirasi dia untuk belajar sungguh2.

Terima kasih
Allah. Hadiahkan mereka ni kat aku.

 

Tapi aku rindu
kat seorang ni.

Adik aku. Hero
aku.

Khalid.

Khalid yang dah
lama aku x lihat wajahnya.

Wajah yg penuh
ketenangan.

Khalid yg
dah lama aku x dengar suaranya.

Suara emasnya yg
kadangkala je kedengaran.

Rindu.

Khalid yang dah
lama aku x lihat senyumannya.

Khalid yang
sangat kuat hatinya teguh jiwanya.

Tak pernah
mengeluh dgn apa yg Allah tentukan buatnya.

Apa yg dilaluinya
dulu lagi susah dari aku.

Jauh lebih susah.

Kalau nak
dibandingkan dgn aku?

 

Dulu, bila call rumah.

Dapat ckp dgn Khalid.

Dia selalu ckp,
aku pandai.

Tak boleh putus
asa.

Kalau boleh, nak
cakap dgn Khalid lagi.

Nak dengar
nasihat dia lagi.

Kalau dulu, bila
tgk wajah Khalid, aku dpt kekuatan.

Sekarang? Tgk
gambar. Tgk video.

Airmata mengalir.
Rindu.

Bila imbas saat
Khalid menahan sakit perit,

Aku sedih. Sayu.

Tapi dia sabar.
Redha dgn Allah.

Yakin dgn takdirNya utk dia.

Aku pun nak jadi
cam Khalid.

Kena kuat.

Kena sabar.

Jangan bergantung
harap hanya pd manusia.

Allah yg
selayaknya tempat bergantung.

Tiada selain itu.
Noktah.

 

Allah, kuatkan
kaki aku utk terus melangkah.

Engkau pun tahu
aku rasa susah.

Tapi Engkau tak
kan bg sesuatu yg aku tak mampu.

Aku percaya tu.

Allah, iringilah
kehidupan aku di sini

Dengan kekuatan.

Aku nak jadi
macam Khalid.

Allah,
sampaikanlah salam rinduku ini pd Khalid.

Hanya Engkau yg
berkuasa melakukan semua itu.

Allah, hadiahkanlah aku kesabaran

Dalam penantian yang aku tunggu.

Engkau tahu apa dlm hati.

 

Airmata. Mengalir
la puas2.

Hari ni je ok.

Aku banyak keje
nak buat.

 

 

 

Aku insan yang
kalah hari ni

Tp bukan kalah
utk selamanya;

Sumayyah Abdul Aziz

Auckland

,
NZ

28 Mac 2008.

4.45pm

My_family_1

Advertisements

Actions

Information

4 responses

7 04 2008
a F i F a h

sumayyah,,sy hrp anda menjadi seorg yg tbh..

30 04 2008
teja

Kadangkala laman hati dan medan jiwa menjadi tandus lantaran siraman hujan iman ada saatnya sudah lama tidak turun.
Hujan iman itu umpama siraman kasih sayang dan kita perlu menggemburkan kesuburan kasih sayang sesama insan agar kembali membudi penyiram-penyiram kasih meladungi gersang hati.
Berbudi kita sebagai muslimah adalah untuk berbakti.

Kewujudan laman seperti ini mampu menatijahkan suasana yang damai untuk rakan sebaya ukhti.
Rajin-rajinlah mengemaskinikannya agar upaya manafaat dikongsi bersama.

8 05 2008
ALIUDDIN

Sesungguhnya ujian di luar itu bagaikan hujan, anda pasti x dapat kawal suasana. Cuma benteng sendiri saja yang logik dipertahankan. Benteng sendiri dan keluarga. Itulah Iman, Ilmu, Amal. Doakanlah aku ye…

5 06 2011
syafiqah marsitah

sumayyah..redha dgan ape yg kita lalui…bila sesuatu berlaku kita perlu kembali pada yg satu…saya percaya arwah khalid pon akan kata yg awak boleh lakukan walau seberat mana sekalipun ape yg awak perlu hadapi sebab awak adlah SUMAYYAH..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: