-Risalah Buat Ukhti-

31 07 2007

Risalah Buat Seorang
Ukhti

Wahai Saudariku

  • Bantulah aku untuk menghampiri Allah dan bertaqarrub kepadaNya
  • Temuilah aku hanya atas urusan yang disukai Allah dan jangan tinggalkan aku kecuali setelah kamu mendoakanku dan memberi nasihat kepadaku
  • Jangan buang masaku dengan perbincangan yang tidak berfaedah dan ingatilah aku apabila kamu mendapati aku mensia-siakan waktu
  • Jangan memujiku di hadapanku kerana ia akan memudharatkanku
  • Jagalah kehormatanku di hadapan manusia lain
  • Janganlah kamu mengherdikku atau mempermainkanku walau pun dengan tujuan bergurau
  • Janganlah menuntut dariku sesuatu yang aku tidak mampu
  • Serulah aku dengan kalimah yang aku sukai dan janganlah kamu menggelarku dengan gelaran yang aku benci
  • Janganlah kamu berbisik sesama kamu sedangkan aku ada di sisi kamu kerana itu akan membuka pintu syaitan di dalam hatiku
  • Janganlah kamu menakutkanku dengan apa jua bentuk walau pun dengan tujuan bergurau
  • Buanglah sangka buruk terhadap diriku kerana sangka buruk itu adalah kenyataan yang paling palsu
  • Khabarkanlah kepadaku hanya berita-berita yang kamu sudah pasti kebenarannya
  • Janganlah kamu mengkhabarkan kepadaku perkhabaran tentang saudara kita kecuali khabar yang akan menggembirakanku.
  • Janganlah kamu cuba untuk menyingkap rahsia diriku yang aku rahsiakan dari manusia sekian lama
  • Apabila aku menceritakan kepadamu perkhabaran seseorang yang aku tidak namakan, janganlah kamu bertanya kepadaku namanya. Berusahalah wahai saudariku untuk tidak menjaga tepi kain orang lain.
  • Bertuturlah kepadaku dengan pertuturan yang baik. Pilihlah kalimah yang aku sukai dan jangan gunakan kalimah yang akan menyakitkan hatiku
  • Janganlah perbezaan pendapat di antara kita mengguris hatimu dan membentuk sikapmu terhadapku
  • Janganlah kamu memaksaku untuk menerima pendapatmu
  • Tegurlah aku jika melakukan kesilapan dengan lembut, beradab dan penuh penghormatan
  • Janganlah kamu mempertahanku walau pun aku adalah orang yang kamu cintai, tetapi sentiasalah berusaha untuk mempertahankan kebenaran walau bersama siapa kebenaran itu berada
  • Jika kamu menaburkan jasa ke atasku, janganlah jasa tersebut kamu ungkit-ungkit di hadapanku
  • Kasihiku dan siramiku dengan belasmu dan tahanlah kemarahanmu ke atasku
  • Jangan sekali-kali kamu dengki terhadap nikmat yang Allah kurniakan ke atasku
  • Maafilah aku ketika aku memohon kemaafan daripadamu walau sebesar mana pun kesalahan yang aku lakukan terhadapmu
  • Berbincanglah denganku dan kongsikanlah masalahmu denganku
  • Janganlah kamu menemuiku dengan wajah yang masam walau sebesar mana pun masalah yang kamu sedang hadapi
  • Marilah kita mengembalikan hak sesama kita kerana seseorang yang
         memakan hak saudaranya tanpa keredhaan darinya akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat kelak
  • Bantulah aku ketika aku di dalam kesusahan. Jangan tinggalkan aku bersendirian berhadapan masalahku dan jangan tutup pintumu kepadaku

 

Wahai saudariku,

Mataku sentiasa mencarimu di kalangan manusia

Jantungku berdegup setiap kali ku dengar ketukan
pintu kerana kerinduanku kepadamu

Kesedihanku bertambah dari hari ke hari menunggu
kedatanganmu

Bersegeralah saudariku untuk menemuiku

Agar kegembiraanku bertambah dan kesedihanku reda

Wahai saudariku yang sentiasa ku nanti

Wahai saudariku yang sentiasa kurindu

Jangan lupakan aku setiap kali azan Maghrib
berkumandang

Sebutlah namaku di dalam doamu

Moga-moga Allah menghimpunkan kita di dalam
syurgaNya

Sebagaimana Dia menyatukan hati-hati kita di
dunia

Moga-moga Allah menempatkan kita di bawah
naunganNya

Di hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya

 

P7130103

Advertisements

Actions

Information

One response

24 08 2007
nurul fadhilah

salam

kak sumayyah…sangat menarik post yang satu ini peringatan untuk saye dan kawan2

saya copy akak punye post ni ye. saye paste kat friendster saye ye…

thank you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: