24 04 2007

ll ingatlah pada kematian nescaya kamu akan berhati-hati ll
Sangat-sangat rindu kat Khalid..Abah selalu kata bila rasa rindu pada Khalid, terus do’a agar ruhnya tenang di alam sana dan do’a juga pada Allah agar Dia izinkan kami sekeluarga bertemu kembali di syurga kelak. Pemergian Khalid jadi sumber inspirasi dan tazkirah buatku utk meneruskan kehidupan ini sebaik mungkin dan sentiasa tertanam di hati utk merindukan syurga, tempat impian kami sekeluarga utk bersua kembali, biizniHi. Aku kena jadi hambaNya yg lebih baik kalau nak tunaikan janji pada Allah dan diri, aku nak jumpa dgn Khalid kelak bila sampai waktuku pula utk bertemu dgnNya. Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku ini buat Khalid..Ingatan padanya xpernah luput malah semakin segar dan menjadikan aku seorang yg sgt merindukan pertemuan dgn Tuhan. Semoga setiap langkah kakiku di dunia ini sentiasa diredhai Allah agar bila kematian menjemputku, aku benar2 telah bersedia.

Ya Allah, pimpinlah hati ini agar sentiasa berada dlm redhaMu..

902,Forte Apartment
6.56am
25th April 2007





istimewa buat abahku sayang :)

4 04 2007

AYAH by Aeman
teristimewa buat abah…i am proud to tell the world that u are my dad..
pernah aku katakan pada abah.."Sumayyah rindu kat abah dan lain2.." abah ckp; "tumpahkan rindumu itu di dalam munajatmu"..terima kasih abah….

ketika kejauhan
masihku teringat hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan 
tersemat dihati…..

Ab

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku anak pejuang, aku anak abah..akan ku sambung perjuangan ummi dan abah utk menegakkan Islam…akan ku sedaya upaya merealisasikan harapan dan impian ummi dan abah agar aku mengikut jejak langkah dan menjadi seperti As-Syahidah Sumayyah..terima kasih atas iringan do’a kalian yg xternilai harganya..lots of love~ semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangimu, abah..