~R I N D U yang berpanjangan~

23 12 2006

AIRMATA INI BERGENANG LAGI

Airmata ini bergenang lagi

Di saat aku

cuba

utk menerima sebuah kenyataan

Bahawa adik telah pergi buat selama-lamanya..

Mata yg ku fikir sudah kering dgn titisan airmata

Kembali mengalirkan airmata kerinduan

Entah mengapa fikiranku menerawang jauh

Menyingkap kembali kisah hidupmu adik bersamaku

Kehadiranmu adik di sisi selama ini meninggalkan secebis memori indah

Yg tidak dapat kulupakan buat selamanya

Airmata ini bergenang lagi

Walaupun telah ku

cuba

menahannya

Aku ingin menjadi sumber kekuatan

Buat ummi dan abah yg lebih merindukanmu adik

Tapi apakan dayaku,

Aku tidak mampu menyembunyikan lagi

Rasa hiba dan sayu di hati ini

Pemergianmu adik suatu kehilangan dlm hidupku

Yg membuatkan jiwa ini terasa kosong dan pilu

Airmata ini berlinangan lagi

Walau tanpa diminta..

titipan demi titipan semangat ku terima

Utk mengubat hati yg sedang merindu ini

Namun hanya sebentar cuma ia berada di hati sbg penguat semangat

Kerana seorg adik tersayang yg telah pergi tiada apa yg bakal menjadi pengganti

Ungkapan semangat dan titipan yg menenangkan itu

Diumpamakan bak sekumpulan burung yg singgah berehat di sebuah pohon yang agak layu

Selepas itu burung2 itu berterbangan hilang entah ke mana

Airmata ini terus berlinang

Tanpa insan lain menyedarinya

Mereka mengatakan aku tabah

Mereka sering mengatakan aku cekal

dlm menghadapi ujian Tuhan ini

Namun sebenarnya tiada siapa yg tahu

Betapa beratnya perasaan rindu yg kutanggung selama ini

Hanya Dia yang memahami apa yg tersirat di qalbi

Kerana Dia yg menyusun segala ketentuan itu..

Ketentuan yg terindah buat diriku jua buat dirimu adik

Biarkan ia..biarkan airmata ini terus mengalir

Agar hati ini terus mekar dan subur dgn kenangan hidup bersamamu adik

Tak sanggup kubohongi hati ini lagi..kehilanganmu benar2 merubah hidupku

Biarpun aku tahu rindu yg kutanggung selama hampir setahun ini akan

Berpanjangan dan tidak berpenghujung

Aku pasti ia akan menjadikanku lebih dekat dgn Tuhan

Segala yg tertulis buat hidupmu adik menjadi inspirasi

Buat kakakmu ini dlm menghadapi umur yg masih tersisa

Yang entah bila

kan

tiba berakhirnya waktu itu

Biarkan mataku terus bergenang dgn airmata

Akan ku titiskan ia dlm solat dan do’a-do’aku

Aku tidakkan putus pohon padaNya

Agar kerinduan pada adik ini seiring dgn rinduku utk bertemu Rabbul Jalil

Aku akan terus mengharap dgn setinggi2 pengharapan

Agar kita akan disatukan kembali di FirdausNya

Bersama insan2 yang terpilih oleh Rabbal ‘Alamiin

Ketahuilah, airmata ini jatuh setitis demi setitis

Bukan tanda aku tidak redha akan pemergian adik

Bukan tanda penyesalan dgn taqdir Tuhan

Namun ianya airmata kerinduan yg tiada siapa mampu menilai harganya

Ianya airmata penghargaan buatNya kerana menjemput adik sbg insan soleh wa musleh

Aku berjanji pada diri

Kerinduan buat adik akan menjadi tazkirah buatku

Untuk menyusuri perjalanan kehidupan ini dgn sebaik2nya

Untuk menelusuri liku2 ini dgn penuh sabar dan tabah

Untuk menunaikan sebuah janji dgn pertemuan dgn adik di Jannatullah kelak

Semoga Allah memimpin hati ini menuju syurgaNya..ameen ya Rabb..

Coretan hati yang rindu sgt2 kat Khalid,

Sumayyah Abdul Aziz

20 December 2006, 6:50pm

Seksyen 8, Shah Alam.

79

Advertisements

Actions

Information

2 responses

23 12 2006
Asma'

asal ko tulis sajak2 sedih ni…aku dah lama tak menangis ni…ni kat cc baru balik labour room tengok org bersalin…nangis balik…sedihnya….
aku tengok org bersalin teringat ummi cerite malam before khalid meninggal…ummi kate mase khalid nak bersalin ummi rase sakit sangat…ummi nampak rama2 besar..ummi kate ummi ingat ummi dah nak meninggal…tapi alhamdulillah selamat lahirkan khalid….khalid kan besar dulu 4.2kg kan…..
selase ni start posting labour room kena sambut 10 baby…raya haji aku balik la sekejap

30 11 2008
Tips Beauty

I ve been reading along for a while now. I just wanted to drop you a comment to say keep up the good work.

Joan
Tips Beauty

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: