dia bukan milik kita selamanya

1 12 2006
(sajak tulisan seorg akhawat yg sempat ziarah Khalid ketika dipanggil Allah utk bertemu dgnNya)

Kulihat sekujur tubuh remaja

kaku lurus
lena di pembaringan
kutoleh wajah ibu dan bapanya
wajah bapa nan tenang…
wajah ibu derai air mata berlenang…
 
Khalid sudah pergi…
tangis sayu menusuk hati..
biarlah yang pergi itu pergi kak tina
dia menanti di syurga abadi.. kata Kak Rosmawati..
 
Sesungguhnya apa yang ada di dunia fana
bukan milik kita sepenuhnya
ia pinjaman sementara
menjadi amanah kita memelihara
 
dunia oh dunia..
anak, isteri, suami dan harta dunia
pinjam-pinjaman semata..
kan pergi jua saat dan ketika
untuk ingatan diriku jua
kita jua pinjaman semata
entah esok atau lusa…
giliran kita menyahut panggilan-Nya..
 
Moga Allah
beri kekuatan kepada kita
kerana setiap kita punya ujian tersendiri
 
SHM
sempat melihat jenazah di wad bersama Kak Rosmawati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(tulisan seorang ikhwah buat Ummi tersayang)

Asmwbkth….

Cakap dengan Kak Tina, bahawa mungkin dia tahu, mungkin dia tak tahu.
Ketahuilah… Khalid seorang anak yang soleh. Khalid seorang mukmin
Rabbani yang membina diri menjadi musleh. Cakap dengan Kak Tina,
insyaALLAH semua orang dalam hospital tu, yang kenal Khalid, mereka tak
nampak yang Khalid ini seorang yang lalai terhadap solat. Khalid tak
pernah lalai mengerjakan solat dalam kapasiti kemampuan dia… Cakap
dengan Kak Tina, ALLAh… dengan Rahmatnya mengampunkan segala dosa
Khalid kerana bersabar menerima ujianNYA.  Cakap dengan Kak Tina,
dalam hadith Bukhari jelas menyebutkan bahawa orang yang meninggal dunia
menanggung sakit dalam badan adalah salah seorang yang ALLAH iktiraf mati
syahid bersama dengan para sahabat Nabi SAW yang gugur di medan Badar dan
Uhud… Cakap dengan Kak Tina gitu… Cakap dengan Kak Tina… AKAD dapat
hayati apa yang dirasai Anak Khalid… Sebab AKAD juga mengalami
seumpamanya… Cakap dengan Kak Tina yang AKAD juga menghayati perasaan
kasih Kak Tina kpd Khalid dan bimbang serta sedih dengan keadaan yang
pada adatnya akan berlaku, kerana  Abah AKAD pada tahun 1989 wafat
depan mata AKAD sendiri selepas lumpuh lebih daripada 9 bulan kerana
beberapa tongkol tulang belakangnya lenyap akibat dimakan kanser tulang
belakang… AKAD insyaALLAH dapat mengajarkan kalimah syahadah kpd
abah… selepas melafaznya, dada abah melentik…, tapak kaki dan jari
jemari kaki abah lurus menjulur… dan abah kembali kepada ALLAH dalam
keadaan air matanya tergenang di kelopak matanya…
Cakap dengan Kak Tina, don’t let him go… Never let him go. Hold him in
her heart. Hold him tightly in her memories…  Cakap dengan Kak
Tina… Don’t let him go… in the same time redho with ALLAH’s decision.
Have trust in ALLAH. Tell Kak Tina that ALLAH knows best what is best for
anak Khalid.  Cakap Kak Tina, be strong. Be prepared. Pada adatnya
ALLAH akan jemput kita semua. InsyaALLAH anak Khalid has prepared himself
to be ALLAH’s guest of honour. Cakap Kak Tina… When the time comes,
don’t let him go but instead allow him to meet ALLAH as HIS guest of
honour. Cakap dengan Kak Tina… sebagai mujahidah, Kak Tina pasti faham
apa yang AKAD sampaikan…..   Saranan AKAD adalah melalui
pengalaman AKAD, zaujah AKAD dan mak AKAD, dan adik-beradik AKAD yang
menanggung ketika AKAD diuji…  Wasallallahu`alaihi wasallam
Tasleeeman Katheeera…

AKAD

May Allah shower his soul with His Infinite Mercy and Forgiveness, and
grant him the highest jannah in the company of the righteous.  Ameen…miss him so much……
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu..wa adhilhu jannah ma’al lazina an’amtu ‘alaihim minannabiyyina was siddiqina wassyuhadai wassolihin..
allahummaj’al qabrahu raudhatu min riyadhiljannah..wa’aizhu min ‘azabil qabri walfitnah..ameen Ya Rabb..

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: