smg roh Khalid tenang di sampingNya..berakhirlah kehidupannya di dunia ini bertemu cinta ALLAH yg diburu olehnya selama ini..alFatihah

15 11 2006

assalamu’alaikum wbt..
tanggal 15 november 2006 bersamaan 23 syawal 1427H insan yg paling kami sayangi telah pergi bertemu Tuhan yg menciptakannya, Allah yg telah memberi dirinya sebagai pinjaman teristimewa buat kami sekeluarga, Khalid bin Abdul Aziz.
sama2 do’akan roh khalid tenang dan bahagia di sana dan di tempatkan bersama2 hamba2 ALLAH yg bertaqwa kpdNya..
do’akan kami sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan utk menghadapi ujian dr ALLAH ini dan mendekatkan lagi diri kami dgnNya..biarpun rindu kami tidak tertanggung lagi buat dirinya, kami redha pemergian khalid adalah takdir ALLAH yg terindah yg telah tertulis buat dirinya dan kami sekeluarga..kami berdo’a agar kami sekeluarga akan bersatu di JannahNya sbg hamba2Nya yg dikasihi ALLAH..
hadiakan jutaan do’a dan alFatihah buat roh khalid agar arwah sentiasa tenang bersama2 Allah di alam baqa’..
Khalid adalah adik kami yg paling kami kagumi kerana dia merupakan insan yg paling tabah dan kuat dlm menghadapi ujian ALLAH terhadap dirinya, arwah tidak pernah mengadu atau mengeluh kesakitan bahkan menganggap semua itu sbg dugaan buat dirinya..Khalid merupakan anak yg soleh, hamba yg taat pada perintah ALLAH, sahabat yg baik utk semua…betapa pun kami sayang pada dirinya, kami tahu ALLAH lebih jauh menyayangi dirinya drpd kami..
he is such a good boy, the most brilliant, the most handsome person we’ve ever known..

kami yg menyayanginya dan yg selalu mendo’akan yg terbaik buat Khalid yg kami sayangi buat selamanya,
abah,ummi,omar,asma’,sumayyah,abdullah zubair dan huzaifah.

(segenggam tabah dipertahankan, kami pohon dgn sangat ya ALLAH, satukan kami sekeluarga di jannahMu kelak..berila kami segunung dan selautan kekuatan utk memulangkan pinjaman yg paling bernilai buat kami..terima kasih Allah kerana memberi kami peluang utk mengenali, mengasihi dan menyayanginya..rindu kami buat Khalid sudah tak tertanggung lagi tetapi kami tahu Kau lebih menyayangi dia..kami redha atas segala takdir yg telah disusun indah buat kami sekeluarga..Khalid, tenanglah jiwamu bersama ALLAH di sana, kau telah menjalankan tugasmu sbg hambaNya yg beriman selama kau hidup di dunia ini…ketabahan dan kekuatan menjadi sumber inspirasi buat kami meneruskan perjuanganmu dalam kehidupan yg fana ini..smg kita akan bersua kelak bersama2 golongan yg ALLAH kasihi..ketahuilah, kami sayang dan kami bangga dgn dirimu..ingatan kami kepadamu akan kekal hingga ke akhirnya..kami yg menyayangimu kerana ALLAH, abah,ummi, omar, asma’, sumayyah, abdullah zubair dan huzaifah )

Advertisements

Actions

Information

7 responses

15 11 2006
yusrina

Salamun’alaikum buat shbtku yg dikasihi fillah…dunia dan akhirat..ternyata berat mata memandang..berat lagi bahu memikulnya…hari penuh makna buat diri ini…hari kelahiran saya yang ke-21 diiringi dgn kehilangan nyawa satu insan yg dikasihi keluarga..Abah, Ummi, Abg Omar, Kak Asma’,Awak sendiri,Abdullah Zubair dan Huzaifah yg sgt2 sy rindui..subhanallah, tak terbayang kesedihan sy menerima berita memeranjatkan itu..smg ianya meninggalkan kesan penuh makna buat kita yg masih lg diberikan nafas…Doa kami semua shbt2 di OZ smg awak dan keluarga tabah dan cekal menerima ketentuan takdir Ilahi dgn redha..pasti…pasti ada ganjaran yg maha besar dan lumayan dari Sang Pencipta kpd awak sekeluarga..Ameen…sayang kalian semua…

15 11 2006
Dr AtRoMan

assalamualaikum..sue..kima btl2 terperanjat..kima hrp su dpt bersabar dan sentiasa berdoa utk kesejahteraannya kat sana..kuatkan semangat!! insyaallah,dia akn tergolong dlm golongan org2 yg beriman..kuatkan semangat..

15 11 2006
aQiLaHaNan

salam…dik, salam takziah utk awk sekeluarga. sesungguhnya senyuman yg ALLAH plg suka adalah bilamana seorg hambaNYA ditimpa musibah kehilangan org yg tersyg,tapi dia mampu tersenyum dan kekal dgn senyumannya yg ikhlas. smg awk ada kekuatan itu,dan stp yg ALLAH uji adalah sgt bersesuain dgn hambaNYA itu.

16 11 2006
Maryam

Kak sumayyah, insyaAllah, roh Arwah Khalid akan dicucuri rahmat Allah s.w.t.. Pemergiannya memeberi peringatan kepada kami semua.. sesungguhnya.. kite semua adalah miliknya.. apabila waktu ajal tiba, tiada siapa yg dapat menangguhkannya.. semoga saat apabila waktu kita tiba, roh kita semua akan dirahmati Allah dan kita tergolong dr golongan jannah.. amin..

21 11 2006
BobSBC

asslamualaikum..
sumayyah, salam takziah kpdmu..semoga arwah dicucuri rahmat..

26 11 2006
Murlaks

bismillah… assalamualaikum.. takziah ku ucapkan pada anda sekeluarga… moga Allah memberikan ketabahan, ketenangan, n diramati serta diberkati bagi meneruskan perjalanan hidup yang masih tersisa… Mungkin kita sayang keluarga kita, tapi pabila Allah lebih sayang hambanya, nyawa diambil utk diletakkan di tempat yang mulai… wallahua’lam

15 12 2007
Sesuchi Kaseyh

salam takziah utk su skeluarga..dya doakn smoga rohnye d tmpatkn d kalangn org2 yg beriman kpd allah..trigat ms skolah bl su crite ttg adik-beradik su..masing2 ade keletah tersendiri..dn trigt snyuman dn tawa su bl su bercerita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: