::ANTARA DUA KASIH::

24 04 2006

ANTARA 2 KASIH

Hidup ini diselubungi dua kasih

Kedua-duanya istimewa & berharga

Kedua-duanya hadiah dari Yang Maha Pengasih

Kasih ALLAH & kasih manusia

Manakah lebih terseksa

Menanggung kepedihan atas kejauhan di mata dengan manusia

Ataupun keresahan hati apabila jauh dari rahmat Tuhan?

Manakah lebih derita

Menahan rindu buat manusia

Ataupun rindu pada Tuhan yang tak kunjung tiba?

Manakah lebih kecewa

Memendam perasaan pada diri manusia

Atau dibiarkan bersendirian tanpa pimpinanNya?

Manakah lebih manis & bererti

Menikmati cinta manusia ataupun Tuhan?

Kedua-duanya diperlukan..

Dek hanya kerana dosa yang terselit di sebalik kesucian dua kasih itu

Segala-galanya akan terlerai & terlebur

Inilah bingkisan hati seorang hamba

Yang inginkan kebahagiaan hakiki

Dalam guris aku hadir padaMu

Dalam bimbang aku menaruh harapan

Agar usia ini tidak disia-siakan

Dengan kasih yang tak terjaga dan terpelihara.

~s.u.m.a.y.y.a.h~

24november2005

1a.m

Shah alam





~JALAN ITU~

16 04 2006

Mujahidah_ansarullah

Jalan itu..
Kutelusuri dengan ketabahan dan kesabaran..
Kutempuhi dalam redha dengan ketentuanNya..

Jalan itu..
Dihiasi dengan duri yang menusuk..
Dipenuhi dengan dugaan, cabaran juga ujian..

Jalan itu..
Dilihat orang sebagai perjalanan yang sukar..
Digelar orang kehidupan yang membosankan..

Tapi aku..
Berasa bersyukur kerana berada di jalan itu..
Berasa ‘izzah terpilih untuk menempuhi jalan itu..

Biarpun kutahu dan kuakui..
Betapa beratnya beban yang harus kutanggung apabila berada di jalan itu..
Begitu banyaknya onak yang harus aku tempuhi..

Namun aku..
Perlu cekal dan punyai kekuatan..
Tanpa berputus asa dan mempersoal..
Jika aku..
Ingin mengecapi kemanisan di penghujung jalan itu..
Yang telah tercatit di dalam kitab suci Tuhan..
Yang menjadi janji Tuhan istimewa buat peneroka jalan itu..

Itulah JALAN PERJUANGAN..
Perjuangan suci menyambung perjuangan Nabi saw yang tercinta..

~ALLAHUAKBAR!!~
tinta mujahidah ansarullah,
~SUMAYYAH ABDUL AZIZ~





::mencari cinta::

6 04 2006

~~M.E.N.C.A.R.I C.I.N.T.A~~

saujana

Bertemu cinta teragung

Di dalam sujudku asyik menyanjung

Umpama pengembara di malam gelita

Dan untuk cintanya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar

Dalam belantara hidup nan liar

Di bukit ku tersepit di lembah terhina

Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Oh, ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Kusangka mudah namun amat payah

Kusedar semua pasti ada akhirnya

Moga akhirku diselimut cinta

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terlalai

Kehidupan terabai

Ooo.. akhirnya aku temui kedamaian abadi

::sahabat, bumi kita bumi payah

peluh, air mata & mungkin darah

bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca

peganglah tanganku..

kita beriringan sebagai pejuang

bila aku katakan kepadamu

"perjuangan itu pahit"

kau sahut kembali

"kerana syurga itu manis"::





~wahai DIRIKU..mengertilah~~

6 04 2006

Diriku,

dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain

kau terlupa membajai taman hatimu sendiri

agari ia sentiasa segar dalam hubungan dengan ALLAH

tersentuh dengan daulatNya

merasa terpikul amanah ad-deen ini…

Diriku,

seringkah kau mencari jalan

agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya

agar sentiasa sedar akan keagunganNya

insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu..

Ketahuilah diriku,

hatimu itu keras, khusyu’mu kurang

syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya

terlalu banyak kurang & salahmu..

Diriku,

tunaikanlah solatmu dalam khusyu’ & tenang

muhasabahlah dirimu kala sunyi

selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan

padanya ada bekalan

untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini..

Diriku, pada nawafil & amalan sunat

ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu

pada qiyamullail di keheningan malam

bersama bisikan doa & munajat

diiringi esak air mata keinsafan & keikhlasanmu

kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya

di situ ada bekalnya..

lazimilah awal dirimu dengan al-Ma’thurat

pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daíe

Diriku,

pada tawadhu’, pada ukhuwwah fillah, pada infaq fisabilillah

pada úzlah & muhasabah diri, pada zikir & selawat

ada ketenangan & kekuatanmu…

Diriku,

ketahuilah bahawa hati yang hidup sahaja

yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati

Diriku,

amanahlah kau di hadapan manusia

kerana kedaulatan TuhanMu

Namun rasailah kekerdilan dirimu

di hadapan qudrat & iradatNya…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

.:PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA:.