Coretan ini aku nukilkan di saat aku merasa beratnya bebanan ditanggung, yg aku ingin bebas drpdnya TAPI mana mungkin aku ingin biarkan diri ini dlm kerugian andai aku melepaskannya…Ingin aku kongsi lintasan qalbi ini:
JANGAN JADI DA’IE YANG ‘GHURUR’, JADILAH DA’IE YANG ‘BINTANG”
Kaki ini terus melangkah walau terasa berat dan payah
Dikuatkan juga hati ini agar terus bermujahadah;
Untuk menepis segala bisikan dunia yang menipu
Untuk menolak segala kemahuan dan keinginan diri
Yang rindukan kerehatan yg jauh dari memikirkan orang lain
Untukku meredahi segala mehnah, ujian susah atau senang
Di jalan ini dgn tenang, sabar dan redha..
Apakah layak bagiku digelar seorang jundullah
Andai sering kalah dgn duri yang menusuk
Apakah benar jiwa dan seluruh hidupku ini telah ku wakafkan untuk jalan ini
Andai sering mengeluh dengan kepenatan dan kepayahan
Apakah sudah cukup pengorbananku sebagai penolong Deenullah
Andai akhirat tidak mampu ku lebihkan berbanding dunia
Pesan ummi, ikhlaskanlah hati dalam setiap amal, sekecil mana pun ia
Agar tenang dalam huluran dan pengorbananku
Tidak dinamakan pengorbanan sejati
Andai masih ada lintasan hati untuk mengungkit apatah lagi melafazkannya
Pesan ummi lagi,
Usah biarkan diri menjadi da’ie yang ghurur
Yang terpedaya dengan segala kebaikan yang telah dilakukan
Yakinkah kita bahawa sudah cukup amalan untuk dibawa pulang ke pangkuanNya
Kalau pun merasa sudah cukup, yakinkah kita ia diterima Allah sbg amal soleh?
Sudikah Allah menerima amalan yg dipersembahkan di hadapanNya kelak
andai amal dilaksanakan bukan keranaNya?
Itu pesan ummi agar aku tidak terpedaya.
Kita hanya pemberi peringatan, petunjuk jalan untuk membawa manusia bersama kita mengenal Allahu Rabbi
Kita bukanlah manusia hebat yang berkuasa menundukkan manusia kpd kita dan menjadi pengikut setia..
Terima kasih ummi atas nasihatmu yang berharga..
Pesan abah, perjuangan harus terus sehingga aku mati kelak
Teruskan walau apa pun yang melanda
Susah, senang, manis, pahit, aku kena terus hidup dgn dakwah
Kerana semua itu akan mematangkan aku
Kata abah, biar matang dan menjadi bintang..
Bintang yang menyinari hati manusia lain
Yang menunjuki arah jalan pulang kepadaNya
Yang menghiburkan hati2 pencintanya
Yang bermanfaat untuk semua yg mensyukuri kehadirannya
Jadilah da’ie bintang
Jika tidak dilihat sebagai bintang di mata manusia, yang pastinya biarlah dilihat sbg bintang pada pandangan Allah dan tentera-tenteraNya
Terima kasih abah atas kata sokongan dan harapanmu yang menggunung pd anakmu
Aku cuba menjadi bintang itu, bukan untukku sahaja malah untuk ummi dan abah.
Pesan kakak, aku harus kuat dan cekal
Ujian Allah buat kita bukan untuk menjauhkan diri kita drpdDia
Bahkan untuk membuktikan kasih sayangNya buat kita..
Dengan ujian kita belajar dari kesilapan
Dengan ujian juga kita berlari dgn penuh sabar mencari Dia
Kita seringkali mengaku kita ansarullah
Haruslah tabah dan teguh hati
Sebab bukan sebarang misi yang mahu kita capai, bukan murah syurga yang dikejar
Bukan mudah memburu redha Sang Pencipta
Kita mahu dunia dan seisinya kembali pada islam
Andai ansarullah itu lemah dan tak berdaya
Sungguh. Jauh cita-cita itu utk direalisasikan.
Terima kasih kakakku yang seorang atas tazkirah buat hati yang makin lemah tiada berdaya.
Pesan seorang teman yang aku hargai kehadirannya dalam hidupku
Sesusah manapun yang aku alami, aku harus kuat
Kataku, mahu jadi insan yg bila mana org lain melihat diriku,
Mereka akan kuat untuk menghadapi liku2 hidup ini
Jadinya, dia ingatkan aku seharusnya tabah hati..
Biarkan airmata aku tumpah andai kerana jalan ini
Kerana penatnya berharga, dan sedihnya bernilai di sisi Allah
Allah mengerti apa yg ditanggung di saat insan lain tidak..
Terima kasih teman, semoga kita akan bersua lagi
Tidak di dunia yang fana ini, di syurgaNya kelak (Amiin)
Teruslah membantuku mencari diri dan kekal di jalan ini
Semoga kita terus bangkit berjuang
Allah tahu bahawa kita pernah bersama
Menyeka peluh dan air mata demi islam tercinta di bumi bertuah ini
Terima kasih Allah atas tazkirah2 ini
Buat aku lebih cekal dalam mengharungi ombak kehidupan yg menjadi sunnatullah
Buat aku kembali merenung dan muhasabah sejauh mana keikhlasan dan kesabaranku bila mana aku mengaku hanya Engkau majikanku di dunia juga di akhirat.
Terima kasih.
Moga pengakhiranku adalah yg terbaik di sisiMu (Amiin)
Dakwah suatu kewajipan bukan satu pilihan..perjuangan islam telah sebati dalam jiwa-jiwa pendokongnya.Perjuangan tarbiyyah dan dakwah tidak akan pernah mati hingga aku, kamu dan mereka mati keranaNya…Semoga terus thabat.
Hanya Hamba Allah,
Firstmartyr
9.55am
OGG B, University of Auckland
6 Ogos 2008

salam. i found ur blog while blogsurfing. I envy your iman. i envy how you can write all those things. i wish i cud be like you. i need help. seriously